Kalau anda sedang baca artikel ni maksudnya anda ingin buat
website atau laman web sendiri. Saya pada mula-mula dulu terkial-kial juga
mencari cara membina laman web sendiri. Lagipun masa tu saya bukannya tahu
coding. Jenuh jugalah saya mencari di google. Baca banyak artikel pun tak
faham-faham juga. Tapi lama-lama tahu jugalah. Lebih-lebih lagi bila dah kenal
ramai orang di dalam bidang yang sama. Di sini saya mengajar anda cara buat
laman web sendiri dengan menggunakan Wordpress sahaja, tak perlu coding. Ohya
laman web yang saya guna sekarang ni adalah blogger, tapi saya juga menggunakan Wordpress.
Memang ramai yang cakap buat laman web Wordpress ni sangat
senang, sangatlah mudah, seperti petik jari saja laman web tu dah muncul. Banyak
juga yang beranggapan buat website Wordpress ni free. Wordpress tu memanglah free
tapi nak mendesignkan laman web tu tak free.
Walaupun ramai yang mengatakan ia sangat mudah, tapi pada
pendapat saya, anda tetap memerlukan kesungguhan yang kuat, kesabaran,
ketabahan, keyakinan, dan ‘passion’…..bukan keghairahan ya? Lagi satu, sedikit
wang untuk menjaminkan anda memperoleh website yang sempurna atau
sekurang-kurangnya berfungsi elok.
Saya ni bukan otai buat website tapi saya di sini bercakap
berdasarkan pengalaman sahaja. Jika ada pembaca yang rasa apa yang saya tulis
tak betul silalah contact saya dan saya perbetulkan.
Okay. Ini adalah langkah-langkah untuk membuat laman web
Wordpress sendiri.
1. Beli Nama Domain dan Hosting
Ada banyak laman web yang menawarkan nama domain. Terdapat
macam-macam jenis harga juga. Saya biasanya beli dari Namesilo. Sebabnya, harga berpatutan, support pun laju dan bagus. Namesilo tak pernah
mengecewakan saya.
Kalau anda nak tahu, domain name tu seperti nama website
saya ni(sambalserai.com). Dalam Namesilo, harga domain dotcom dalam $6.99-$8.99.
US DOLLAR ya bukan RINGGIT! .net, .org, .xyz pun ada, yang ni lebih murah
harganya. Tapi orang biasanya beli .com. Tapi kena check dulu kat button Search
tu kalau nama yang anda inginkan masih available. Kalau nama tu dah dibeli
orang, anda kena cari nama lain. Jangan pula duk menaip/mencari domain yang dah
diambil orang. Sebab domain ni unik, ianya satu jer dalam dunia ni.
Lepas tu anda kena beli hosting. Hosting ni macam rumah
kepada laman web anda. Tiada rumah, tidak berjalan website tu. Kalau nak beli
hosting boleh juga beli terus di Namesilo. Lebih mudah kan, tak payah beli
sana-sini. Kang letih juga nak ingat banyak sangat akaun dan password. Saya cakap
begini berdasarkan pengalaman, terlalu banyak akaun dan password perlu diingat
dan disimpan. Tapi saya tidak mengehadkan pilihan anda. Di Malaysia banyak juga
pembekal hosting. Google sahaja pasti banyak yang keluar. Namun, hati-hatilah
memilih hosting. Kadang-kadang tu ada hosting murah giler..tapi servisnya
hampeh…Slow tahap nak gila. So, elakkan hosting slow. Yang terlalu laju dan
terlalu mahal pun elakkan juga. Anda baru jer nak belajar buat website, tak
payah dulu yang terlalu mahal atau terlalu laju.
2. Pasang Theme dan Plugin
Selepas anda mendaftar hosting, anda akan diberi akses ke
Cpanel. Di situ anda boleh memasang Wordpress. Terdapat butang install
Wordpress di situ, ikut sahaja arahan. Namun pertama sekali, anda perlu tukar
DNS di tempat anda beli domain tadi. Hosting akan beri DNS tu kepada anda.
Selepas anda letak DNS dari hosting ke DNS tempat anda beli domain, anda kini
boleh add domain di Cpanel.
Lepas add domain, anda boleh klik butang wordpress dan mula
install.
Anda akan diberi akses admin Wordpress. Silalah masuk.
Lepas tu anda dinasihatkan untuk memasang Theme. Dari
Appearance - Theme
Search theme percuma yang anda minati. Namun saya nasihatkan
anda untuk menggunakan Premium theme supaya mudah untuk diedit dan customize
nanti. Saya berkata begini berdasarkan pengalaman, sebab saya tidak suka free
theme, ia melecehkan. Premium theme memang bukan murah, ada banyak macam-macam
jenis harga.
Selepas memasang Theme, anda kini perlu memasang plugins.
Antara plugin yang perlu dipasangkan adalah:
1. Yoast SEO
2. Google Analytics
3. Wordfence Security
4. UpdraftPlus
5. WPForm
Dan banyak lagi. Ikut kemahuan anda. Tapi jangan pula pasang
plugin yang tidak diperlukan. Sebab ia akan membebankan website nanti. Jadi,
pasang yang perlu sahaja. Contohnya plugin untuk SEO, Backup, Security. Untuk mula-mula
bolehlah gunakan plugin yang free, kalua nak upgrade fungsi yang lebih baik
anda boleh beli versi Pro bila website dah stabil.
Selepas semua ni selesai anda sudah boleh mengedit laman
web. Anda boleh buat post, page, tukar warna, buat design dan macam-macam lagi.
Dengan adanya website anda boleh mempromosikan bisnes, memperkenalkan bisnes
kepada dunia. Macam-macam anda boleh buat sebenarnya.
Namun jika anda masih berasa sukar untuk memahami dan malas
nak buat website sendiri, anda boleh hire saya untuk buat. Harga adalah
berdasarkan kemampuan anda.
No comments:
Post a Comment