sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Friday, 26 October 2018

Jawatan Kosong Part Time Data Entry di Kuala Lumpur


Di Malaysia ni memang ramai yang minat bekerja di dalam bidang data entry. Kelayakan untuk bekerja sebagai data entry clerk juga tidak tinggi. Kebiasannya syarikat hanya memerlukan seseorang yang tahu menggunakan komputer dan berkemampuan untuk fokus pada kerja. Ini kerana anda dikehendaki untuk memasukkan data penting menggunakan computer.

Antara kebaikan bekerja sebagai data entry staff adalah kebarangkalian anda bekerja dari hari Isnin-Jumaat adalah tinggi. Selain itu persekitaran kerja juga lebih selesa dan kebanyakan masa anda hanya fokus pada kerja anda sahaja.

part time data entry

Senarai jawatan kosong data entry di Kuala Lumpur:

Agency Pekerjaan Recuit Express Sdn Bhd

Ini adalah agensi pekerjaan. Mereka merupakan orang tengah yang membantu anda mencari kerja. Sekarang ni mereka ada vacany data entry.

Kelayakan yang diperlukan adalah:
  • Sekurang-kurangnya memiliki SPM
  • Ada sekurang-kurangnya setahun pengalaman
  • Boleh bekerja shift di Sunway Pinnacle, Sunway Lagoon

Jika anda berminat, sila hubungi Ms Tara di (tara@recruitexpress.com.my)


Adecco

Waktu bekerja adalah dari 5am-7m. Ini adalah kerja shift. Lokasi tempat bekerja adalah di Capsquare Tower, Jalan Munsyi Abdullah.

Kelayakan  yang diperlukan adalah:
  • Sanggup bekerja di Capsquare Tower
  • Tidak memerlukan pengalaman bekerja
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma

Jika berminat, boleh hantar CV ke nurizzati.abas@adecco.com


Popular Bookstore

Ini adalah kerja data entry 3 bulan kontrak sahaja. Sesuai untuk pelajar yang sedang cuti sekolah atau cuti semester.

Tugas anda adalah memasukkan data berkaitan dengan program membership untuk kad Popular.

Kelayakan yang diperlukan adalah:
  • Sekurang-kurangnya ada SPM
  • Boleh bekerja sementara sekurang-kurangnya 3-4 bulan
  • Boleh mula secepat mungkin
  • Boleh bekerja di Desa Tun Razak, Cheras



Symphony House

Lokasi tempat kerja adalah di Plaza Damansara, Damansara Height, KL. Tugas anda adalah memasukkan data ke dalam pangkalan computer. Kebolehan focus yang tinggi amat penting. Kelayakan pula tidak tinggi. Jika anda ada SPM itu sudah cukup. Tidak perlu ada pengalaman bekerja dan yang penting boleh berbahasa Inggeris dan Melayu. Waktu bekerja adalah dari jam 11:30am hingga 8:30pm dari hari Isnin ke Jumaat sahaja. Banyak faedah disediakan. Ingin ketahui lebih lanjut, Apply sini


Tourplan

Ini merupakan syarikat dari New Zealand. Tugas anda secara amnya adalah memasukkan data. Jika anda mahir menggunakan Microsoft office adalah satu kelebihan. Jangan risau, latihan akan disediakan. Namun, anda bukan sahaja melakukan data entry tetapi anda juga dikehendaki untuk berurusan dengan penyelia Tourplan dan pelanggan.
Kelakan untuk memohon adalah sekurang-kurangnya memiliki SPM. Mahir di dalam bahasa Inggeris. Tahu menggunakan Microsoft Office dan boleh mula bekerja awal.
Syarikat bertempat di Starparc Point, Setapak, KL. Hari bekerja adalah dari Isnin-Jumaat sahaja. Apply sini


Unisys Sdn Bhd

Unisys merupakan sebuah syarikat yang memproses cek bank-bank di Malaysia. Tugasan anda adalah memasukkan data cek ke dalam system computer selain daripada menyediakan dokumen yang berkaitan. Jika anda ingin bekerja di sini, anda perlu tahu menggunakan computer, pantas dan boleh focus ketika memasukkan data cek. Hari bekerja adalah Isnin hingga Jumaat. Sangat sesuai jika anda tidak mahu bekerja di hujung minggu. Apply sini


Smarttrend Recruitment and Consultant

Kelayakan untuk memohon kerja sebagai data entry clerk adalah sekurang-kurangnya ada SPM dan boleh menggunakan Ms Word dan Excel. Jika anda ada pengalaman di dalam data entry adalah lebih baik. Tugas anda adalah memproses dokumen dan melakukan kerja kerani am. Jawatan kosong ini terletak berdekatan dengan LRT Bandaraya KL.  Apply sini


Lihat 10 Kerja Kemahiran yang mendapat permintaan tinggi


No comments:

Post a Comment