sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Sunday, 8 May 2016

Cara Mengenalpasti Raket Badminton Original Dengan Raket Tiruan

Cara Mengenalpasti Raket Badminton Original Dengan Raket Tiruan - Untuk pengetahuan semua peminat sukan badminton Malaysia, terdapat pelbagai jenis gred raket badminton di pasaran. Kadang-kadang kita tak tau mana satu nak dipilih dan tak tau bagaimana kenalpasti yang original dan tiruan. Adalah penting untuk pembeli mengetahui jenis dan grade raket yang mereka akan beli untuk memastikan kualiti dan kepuasan membeli. Mari saya terangkan perbezaan dan gred raket tiruan dan raket original/asli.



Gred-gred raket yang ada ialah gred original atau tulen dan gred tiruan. Semestinya ramai peminat badminton yang ingin membeli raket gred original atau tulin. Tetapi untuk membeli raket berjenama dan mempunyai model seperti yang digunakan oleh pemain professional terkemuka seperti Dato Lee Chong Wei, Lin Dan, Cheng Long, Lee Yong Dae dan ramai lagi, harganya bukanlah murah. Kadang-kadang harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Pagi peminat tegar mungkin mereka sanggup berbelanja sebanyak itu. Kata orang, alah membeli menang memakai. Itu bukan masalahnya yang saya hendak huraikan di sini. Masalahnya ialah katakan anda sudah mempunyai jumlah duit yang cukup untuk membeli sebatang raket Yonex Voltric 80 yang berharga RM800 kerana raket ini pernah digunakan oleh Dato Lee Chong Wei.


Anda pergi ke kedai dan membeli raket tersebut dengan harga seperti mana yang disebutkan di atas. Anda puas hati pada mulanya dan ingin menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan raket baru anda itu. Setibanya di gelanggang badminton, anda pun tayang-tayangkan raket tersebut. Tetapi ada seseorang yang lebih mengetahui tentang raket memberitahu yang raket yang anda beli adalah raket tiruan.


Saya rasa anda pasti sangat kecewa lebih-lebih lagi kedai di tempat anda beli itu tidak mahu bertanggungjawab dan berkeras menipu anda dengan mengatakan raket tersebut adalah Yonex tulen. Anda akan rasa tertipu dan kepuasan membeli langsung tidak wujud. Bayangkanlah kekecewaan.


Oleh sebab  itu di sini saya ingin terangkankan cara-cara mengetahui raket yang tulen dan bukan tulin atau tiruan.


Opppss!!! Tunggu dulu. Raket tiruan pun ada juga pelbagai gred. Mari baca dulu berkenaan dengan raket tiruan. Baiklah…tak semua kita mampu membeli raket berjenama Yonex, Lining atau Victor yang berharga ratusan (melebihi RM500) atau ribuan ringgit.


Seperti yang saya huraikan di atas, raket yang modelnya digunakan oleh Dato Lee Chong Wei seperti Yonex Duora, Z-Speed, Voltric 80 dan Armotec. Raket yang digunakan oleh Lin Dan seperti Li Ning N90. Harga raket Li Ning N90 II mencecah ribuan ringgit sebab ia dipakai oleh juara dunia. Bagi sesetengah orang, ia ibarat satu bulan gaji. Tetapi kita masih boleh bergaya dengan memakai raket tiruan yang paling berkualit tetapi sekurang-kurangnya poket tak hangus.


Jadi raket-raket seperti yang disebutkan di atas ada dikeluarkan tiruan. Bagi raket-raket tiruan, ia terdapat dalam gred AAA, gred AA dan Gred A. Ada juga informasi yang mengatakan gred B dan C tetapi di sini saya nak cakap mengenai  gred AAA, AA dan A sahaja.


Racket gred AAA adalah raket yang dibuat dengan kualiti yang terbaik dan hampir 99% menyamai raket tulin. Kadang-kadang, pembeli sampai percaya ianya adalah tulin. Raket tiruan gred AAA dicat hampir sama kualiti dengan yang tulin. Begitu juga dengan rasa penggunaannya. Nombor siri juga mempunyai nombor siri yang serupa dengan yang tulin.


Tarikan tali bagi boleh juga mencapai 30lbs menyerupai yang tulin. Cuma mungkin anda akan dapat merasakan perbezaan setelah memakainya dengan membandingkannya dengan yang tulen.


RAKET BADMINTON MURAH tapi TIRUAN


Harus diketahui, harga raket gred tiruan gred AAA adalah diantara RM150 hingga ke RM250. Walaupun tiruan, banyak pembeli yang berkata ada kepuasan membeli setelah memakai raket tiruan gred AAA ini. Apa tidaknya, gaya ada, rupa ada dan masih mempunyai kualiti seolah yang tulin.


Gred kedua ialah gred AA. Kualiti semestinya lebih rendah dari gred AA. Terdapat kecacatan dari segi pengecatan berbanding raket gred AAA. Raket gred AA juga mempunyai serial number yang boleh nampak ketara ketidaktulenannya.


Contohnya raket tulen dan gred AAA mempunyai serial number dikhat dengan laser seperti 84567 SP atau JP, tetapi gred AA langsung tidak mempunyai SP atau JP. Ia juga bukan dikhat dengan laser tetapi sebaliknya dicetak dan boleh dikikis. Had tarikan tali string bagi raket gred AA adalah antara 25lbs-26lbs.


Tulisan perkataan jenama juga mempunyai kecacatan. Contohnya Yonex tulin mempunyai tulisan yang agak tebal, manakala raket gred AA mempunyai tulisan yang agak kurus.


Warna buttcap juga berwarna hijau terang. Tak perlu saya terangkan rasa penggunaannya. Sudah tentu tidak memuaskan hati. Ini sesuai digunakan oleh orang yang baru berkecimpung dalam permainan badminton atau bagi yang hanya bermain untuk suka-suka. Harga raket ini adalah antara RM80-RM150. Tetapi jangan samakan harga ini dengan harga raket APACS, RSL, Flex Power dan beberapa raket jenama buatan Malaysia. Raket ini memang murah tetapi mempunyai kualiti setanding yang tulin.


Gred ketiga ialah gred A. Harga adalah dibawah RM80. Senang untuk mengetahui. Kualiti memang sangat rendah. Bahan yang digunakan juga adalah berkualiti rendah. Ada yang berat dan bagi yang ringan adalah senang patah. Pengecatan juga teruk. Banyak kesilapan dari segi pengecatan. Kadang-kadang jenama boleh tersilap cetak seperti Yonex menjadi Yonnex atau Yonexx. Tiada nombor siri dan tarikan tali tidak boleh melebihi 24lbs.


Memang tidak berbaloi dibeli tetapi sesuai untuk mainan kanak-kanak atau budak sekolah rendah. Kalau patah, tak sakit hati.


Dibawah ini saya sertakan contoh gambar raket tulin (atau gred AAA) dan perbezaan dengan raket tiruan gred AA dang red A. Di sebelah kiri sekali adalah raket tulin.


Nombor siri tulin ada code JP atau SP atau CN. JP bagi code pembuatan separuh di Japan, SP untuk pengeluaran khas dan CN bagi pembuatan seluruhnya di China.




Tulisan yang tebal adalah raket tulen.




Sticker pengesahan Tulen sangat melekat tetapi yang bukan tulin senang tertanggal. 



 
Warna hijau agak tua bagi yang tulen berbanding terlalu muda bagi yang tiruan.



Ini Stiker terbaru Yonex yang Tulen (Genuine)


Saya berharap, maklumat yang saya beri ini mampu memberi panduan kepada semua supaya kita tidak mudah ditipu oleh peniaga.


Sekian terima kasih. Berminat ingin ketahui lebih lanjut tentang raket dan jika ingin membeli raket badminton murah tetapi berkualiti pada harga mampu milik, boleh whatsapp 0168655075.



No comments:

Post a Comment