sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Thursday, 14 April 2016

9 Perkara Anda Perlu Tahu Apabila Membeli Barang Di Taobao

Tentu anda tidak tahu terdapat berjuta-juta penjual di dalam Taobao dan mereka menjual bermacam-macam jenis produk, kadang-kadang terdapat produk yang dijual tu kita tidak pernah dengar atau tahu kewujudannya. Itulah keunikan China, mereka mampu mencipta apasaja bukan saja menciplak. Sebab itulah kebarangkalian untuk menemui penjual palsu atau scammer juga tinggi.


Belajar Cara Beli Barang di Taobao




Saya tahu ramai yang suka membeli-belah di Taobao kerana pilihan produk yang sangat luas. Anda boleh beli aksesori, pakaian, kasut, peralatan elektronik, dan banyak lagilah yang dapat anda belikan. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang harus anda ambil kira dan tahu jika ingin membeli di Taobao.

Berikut adalah perkara yang wajib diketahui jika ingin membeli barang di Taobao:


1. Gambar atau imej produk
Kita sebagai manusia memiliki emosi dan kita sudah tentu mudah tertarik kepada sesuatu yang cantik. Ha..anda jangan mudah tertarik dengan gambar produk okay. Jangan terkejut jika beg yang anda inginkan berwarna hitam tetapi yang anda terima adalah berwarna kelabu..huhu..Tentu sangat kecewa bukan?

2. Barang tidak selalu ada
Sudah menjadi kebiasaan pembeli mendapat refund disebabkan stok di dalam Taobao yang cepat habis. Walaupun kita beli dan bayar tidak semestinya produk itu masih ada. Anda hanya akan pasti terima barang tersebut jika anda menerima status pengiriman berjaya.

3. Produk diterima tidak asli
Sesetengah pembeli mudah tertipu apabila melihat jenama terkenal seperti Adidas pada sepasang kasut. Dia mungkin percaya itu adalah barangan Adidas original. Jangan terkejut jika kasut Adidas tu menjadi Adidos nanti.

4. Pembayaran menggunakan Alipay
Taobao menggunakan matawang Yuan dan salah satu cara pembayaran adalah dengan menggunakan Alipay. Alipay ni seperti Paypal. Cuma masalahnya laman web Alipay masih di dalam bahasa Mandarin.

5. Bahasa
Oleh sebab Taobao di dalam bahasa mandarin, kita terpaksa translate menggunakan browser chrome supaya dapat translate kepada bahasa English. Namun google tidak terjemah sepenuhnya dan terjemahan juga tidak 100% tepat.

6. Pencarian produk di dalam Taobao boleh dikatakan mudah. Anda boleh mencari produk berdasarkan populariti, reputasi penjual, harga dan sebagainya.

7. Anda dinasihatkan untuk membeli daripada penjual yang mempunyai review yang bagus. Jika penjual tu ada history yang baik, itu menandakan mereka penjual yang asli. Contohnya jika seller mempunyai gold crown atau diamond itu memang sudah bagus. Jika penjual mendapat feedback yang tinggi maksudnya komunikasi mereka dengan pelanggan adalah bagus.

8. Tanya kepada penjual jika mereka boleh mengirim barang ke luar negara. Jika ada penjual yang tahu bahasa English tu mudahlah untuk anda berhubung dengan mereka. Anda perlu alert dengan jenis barang yang tidak boleh dibawa masuk ke negara dan juga jika terdapat caj tambahan.

9. Tempoh penghantaran barang mungkin mengambil masa di antara 7-40 hari. Jika anda menggunakan penghantaran laut memang lambat lah sampai tetapi sesuai untuk barang yang besar dan banyak. Jika anda menggunakan Air Mail memang barang cepat sampai tetapi kosnya tinggi.

7. Disebabkan Taobao ni di dalam bahasa mandarin dan tidak semua orang tahu mandarin serta proses pembelian yang mungkin merumitkan, maka di sinilah khidmat agent diperlukan. Dengan menggunakan agent, tugas anda menjadi sangat mudah.

Agent inilah nanti yang akan menguruskan pembelian dan penghantaran produk. Anda hanya perlu membayar sejumlah yuran perkhidmatan kepada mereka. Di Malaysia terdapat banyak agent Taobao. Pilihlah yang terbaik.

Dengan maklumat yang saya kongsikan di sini saya berharap anda dapat menjadi pembeli dan pengguna Taobao yang lebih bijak.



No comments:

Post a Comment