sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Monday, 4 April 2016

Perbezaan Alibaba Dengan Aliexpress: Cara Mengimport Barang Online

Jika anda memasang impian untuk memiliki kedai online tentu sekali anda akan melakukan research bukan? Persoalan utama yang biasa bermain di fikiran adalah di mana nak beli produk, bagaimana nak beli, berapa modal yang diperlukan dan sebagainya.



Alibaba dan Aliexpress ni merupakan laman web ecommerce yang dimiliki oleh Alibaba Group. Jika anda lihat sekali imbas memang kedua laman web ini seperti sama.  Macam sama tapi tak serupa lah. Sebenarnya mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Alibaba
Alibaba merupakan laman web Business to business (B2B) yang menghubungkan para pengeluar dengan pembeli luar negara. Anda tidak dapat beli produk terus di sini. Jika anda nak beli, anda perlu berurusan melalui email atau chat.

Anda tidak akan dikenakan sebarang yuran terhadap setiap pembelian di Alibaba. Para penjual di dalam Alibaba biasanya akan mengeluarkan produk hanya jika ada permintaan dari pelanggan. Pengeluar atau pengilang akan mengeluarkan produk berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh pembeli.

Aliexpress
Aliexpress merupakan portal B2B dan juga Business to consumer. Aliexpress fokus kepada pesanan kuantiti yang kecil untuk produk ready made. Oleh sebab itu Aliexpress lebih sesuai untuk peniaga kecil-kecilan dan sederhana.

Apakah perbezaan Alibaba dengan Aliexpress?

Kuantiti Pesanan Minimum (MOQ)

Alibaba: Pembekal/pengeluar biasanya mempunyai MOQ tinggi. Ini kerana mereka tidak menyimpan stok. Lagipun pengilang juga perlu mengeluarkan produk berdasarkan MOQ supaya mereka dapat jana keuntungan. Oleh sebab itu, Alibaba sesuai untuk perniagaan bersaiz besar.

Aliexpress: Kebanyakan pembekal di dalam Aliexpress menetapkan MOQ bermula dari 10 unit. Namun harga seunit barang yang dikenakan lebih mahal.

Harga

Alibaba: Tiada harga tetap ditawarkan di sini. Harga yang ditetapkan berdasarkan spesifikasi produk seperti warna, dimensi, material dan sebagainya. Semakin tinggi kualiti produk yang anda mahukan, semakin mahal kos produk. Namun harga seunit produk memang jauh sangat murah sekiranya anda beli mengikut MOQ.

Aliexpress: Biasanya tidak ada rundingan harga di sini dan harga sudah ditetapkan. Harga seunit barang dijual juga lebih mahal.

Rekabentuk dan penjenamaan

Alibaba: Jika anda beli dari Alibaba, anda boleh meminta pembekal untuk melakukan apasaja yang anda inginkan. Anda boleh suruh mereka buat kasut yang seiras dengan kasut Adidas original. Anda boleh suruh mereka keluarkan kasut seperti kasut Adidas tersebut dan meletakkan jenama anda sendiri. Mereka akan buat mengikut spesifikasi yang anda mahukan.

Aliexpress: Produk di Aliexpress adalah ready made. Hanya tunggu orang untuk beli saja. Akan tetapi ada juga penjual yang menawarkan khidmat untuk membuat logo ke atas produk yang anda inginkan. Tapi jika nak buat custom design tu Aliexpress tidak sesuai.

Sijil Produk

Alibaba: Oleh sebab produk adalah made to order, anda mempunyai pilihan untuk meminta pengeluar untuk mengeluarkan produk yang mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya barangan elektronik dan permainan mempunyai peraturan yang ketat dan hendaklah mematuhi standard dunia.

Aliexpress: Produk yang dijual sudah sedia ada dan tidak dapat diubah untuk mengikuti standard produk yang diingini.

Isu kualiti dan risiko

Alibaba: Anda perlu tahu apa yang anda mahukan di dalam sesebuah produk. Banyakkan bertanya kepada pengeluar. Tanyalah tentang material dan adakah produk tersebut mematuhi standard yang ditetapkan. Dengan cara ini masalah produk tidak berkualiti dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi terdapat banyak scammer di China. Anda dinasihatkan untuk meminta sampel sebelum membuat order yang besar.

Aliexpress: Terma kualiti adalah subjektif. Mungkin bagi sesetengah negara seperti Ecuador produk itu berkualiti tetapi bagi negara kita ia tidak berkualiti. Apa yang anda beli di sini itulah yang anda akan dapat. Anda boleh sentiasa meminta sampel jika anda mahu. Ada pengeluar yang sanggup bagi sampel percuma, namun kebanyakan mahu anda bayar sendiri.

Masa menunggu

Alibaba: Ia memakan masa yang lama untuk berunding di sini. Ini kerana anda perlu mengenalpasti pembekal yang paling sesuai. Anda perlu mengesahkan sampel, rundingan harga dan banyak lagi. Semakin besar dan semakin rumit produk yang anda mahukan semakin lama lah anda tunggu produk siap dikeluarkan. Oleh sebab kuantiti pesanan yang besar, maka shipping yang paling sesuai adalah dengan menggunakan kapal laut.

Aliexpress: Anda tidak perlu risau tentang masa. Anda hanya perlu order dan barang akan sampai kepada anda dalam beberapa hari.

No comments:

Post a Comment