sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Thursday, 7 April 2016

Mengapa Bisnes Online Wajib Daftar Perniagaan SSM Bermula 2017

Mengapa wajib daftar bisnes online?


Dari hari ke hari kita dapat lihat semakin ramai orang melakukan perniagaan online samada melalui Facebook, Instagram, blog, website dan sebagainya. Mungkin ramai lagi yang belum mendaftar perniagaan. Yelah, kalau setakat jual sepasang kasut tu, yang kita dah taknak pakai dah, takkan nak daftar dengan SSM juga kan? Anda jangan terkejut, sebab bermula tahun 2017, semua orang, walaupun anda jual sehelai baju saja anda diwajibkan untuk daftar perniagaan dengan SSM! Anda jual barang secara part time ke, full time ke, dropship ke, jual sebijik second hand phone pun kena daftar juga.



Sebenarnya tujuan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) adalah untuk membanteras kegiatan penipuan atau scammer yang berleluasa di dalam internet. Kalau anda pernah membeli melalui mudah.my, di situ memang lubuk scammer cari duit haram. Jika kita salah langkah, duit kita akan lenyap dimakan scammer. Kita tak dapat nak minta balik duit sebab mudah.my tidak menyediakan perlindungan kepada pengguna. Anda jual atau beli barang, anda tanggung sendiri risikonya.

Terdapat dua jenis perniagan iaitu perniagaan tunggal dan perniagaan perkongsian. Anda boleh mendaftar di mana-mana kaunter SSM atau secara online di Perkhidmatan e-lodgement. Yuran untuk nama tred adalah RM60 setahun, nama sendiri adalah RM30 setahun dan RM5 untuk setiap cawangan. Sijil anda akan siap dalam hanya sejam!

Saya tahu ramai yang memberi respons berbeza ke atas perlaksanaan ini. Ramai yang setuju, ramai juga yang tidak setuju. Yang baiknya tentang perlaksanaan ini adalah, kita dapat mengelak dari kes penipuan. Kita juga dapat menyemak maklumat si penjual melalui SSM. Sebagai pembeli kita akan berasa yakin dan selamat.

Yang tidak bestnya adalah jika menjual satu barang saja pun kena daftar juga. Kalau satu barang yang nak dijual tu berharga RM10 saja, memang lah tak berbaloi nak jual. Untung tak dapat, tapi nak bayar SSM. Kalau tu sajalah barang yang dijual seumur hidup, macam tak berbaloi nak buat lesen perniagaan tu kan. Yelah tak semua orang suka berbisnes. Tak semua orang serius dalam bisnes.

Disebabkan perlaksanaan ini mungkin ramai juga yang berasa takut nak buat bisnes online. Takut nanti kena cekup sebab bisnes haram. Nak bayar hukuman bukannya murah.
Jika anda mempunyai kedai online tu tak kisah lah di mana, berdaftarlah segera. Jika inginkan  kepastian anda boleh bertanya kepada pihak yang berwajib. Ini bertujuan mengelakkan anda dikenakan tindakan undang-undang yang bakal menyusahkan nanti.

Jika anda ditangkap anda boleh didakwa di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman penjara tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


Besar hukumannya bukan? Kesian juga kat student tu yang nak cari duit poket extra untuk perbelanjaan di universiti/kolej. Jika sebelum ni mereka dapat cari duit sampingan, tapi selepas ni mungkin payah dah. Lainlah kalau jualan mereka kencang mungkin bayaran RM60 tu tak terasa. Kalau mereka yang sekadar suka-suka tu mungkin terasa berat  jugaklah RM60 tu. Hati nak buat bisnes online pun ada rasa kecut dah. Huhu...semoga perlaksanaan ini adil untuk semua pihak.

No comments:

Post a Comment