sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Wednesday, 9 March 2016

Buat Kerja Part Time Lumayan Servis Water Filter

Penapis air terdapat di dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun, walau di mana pun penapis air dipasang, sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah, ia perlu diservis, yang mana material atau media di dalam water filter itu perlu ditukar apabila sudah mencapai tempoh tertentu. Jika anda ada kemahiran menukar atau servis material water filter ia boleh memberi pendapatan lumayan walau hanya secara part time.

KERJA PART TIME SERVIS WATER FILTER


kerja servis water filter

Mengapa Penapis Air harus ditukar/diservis?
Jika anda ingin tahu terdapat banyak water filter yang menggunakan karbon/activated charcoal/arang aktif beserta beberapa jenis material yang lain untuk mengurangkan masalah air.

Penapis air akan bertindak menapis apasaja supaya ia tidak sampai kepada pengguna. Air yang belum ditapis mengandungi racun, klorin, bakteria dan macam-macam lagi. Contohnya ketika banjir, pasti banyak lumpur, debu dan sampah memasuki saluran air. Di sini lah penapis air akan membantu menghalang agen-agen tersebut daripada sampai kepada kita.

Bayangkan jika setiap hari lumpur memasuki penapis air, ia pastinya akan mengurangkan keberkesanan water filter ini. Ini kerana lumpur terlalu banyak dan menyekat penapis air daripada bekerja dengan baik. Lama-kelamaan water filter ini tidak dapat menapis lagi dan akhirnya lumpur berjaya melepaskan diri daripada saluran penapisan dan sampai kepada pengguna iaitu kita.

Bukan itu saja, tekanan air mungkin menjadi perlahan akibat pengumpulan lumpur. Sedar tak sedar kita terminum minuman kotor padahal menggunakan water filter. Kadang-kadang kita tak sedar pun water filter tu sudah mencapai tahap maksimum ia boleh tapis. Memang pengeluar ada menyatakan berapa lama media di dalam water filter itu boleh digunakan dan bila boleh ditukar/diservis.

Tapi kita sendiri kena juga memandang kira faktor lain. Contohnya ketika banjir secara logiknya banyak lumpur dan kekotoran lain akan memasuki saluran air. Ketika inilah water filter kuat bekerja. Entah-entah dalam tempoh seminggu tu saja lumpur sudah memenuhi water filter. Kita tak tahu bukan.

Anda haruslah sentiasa peka dengan water filter di rumah. Apabila media atau material di dalam penapis air itu berhenti berfungsi/bekerja, ia akan memuntahkan kekotoran yang terkumpul. Maksudnya, ia tidak lagi menapis kekotoran. Apabila ini berlaku, anda perlulah segera mendapatkan servis penukaran media/material water filter.

Saya pernah tahu ada satu rumah ni, mereka memiliki water filter tetapi mereka kata tidak pernah diservis. Saya sangat terkejut. Dalam fikiran saya entah berapa tebal dah kekotoran di dalam tu. Entah-entah media water filter tu sudah tidak berfungsi.

Berapa kerap anda perlu servis media water filter?
Berapa kerap anda perlu servis bergantung kepada pengeluar. Saya yakin pengeluar ada menerangkan bilakah media water filter harus ditukar atau diservis. Seelok-eloknya anda ikut apa yang dicadangkan. Namun, ia perlu ditukar lebih awal andai berlaku kes yang teruk seperti pemendapan lumpur. Anda harus lebih alert kerana pengeluar biasanya tidak tahu masalah yang berlaku di tempat anda.

Jika anda perlu nasihat, anda boleh sentiasa menghubungi pengeluar atau pakar di kawasan berdekatan anda. Jikalau pengeluar tidak dapat servis water filter pada masa yang anda inginkan, anda boleh upah pakar yang anda tahu. Biasanya upah servis yang dikenakan orang luar lebih murah berbanding pengeluar dan materialnya juga sama atau hampir sama atau lebih baik. Servis yang dikenakan syarikat pengeluar biasanya lebih mahal kerana company besar ada banyak komitmen, nak bayar itu ini.

Apapun, sekiranya anda berniat untuk servis water filter anda haruslah melalui orang yang betul. Sesetengah pihak melakukan kerja kerana keuntungan semata-mata dan tidak memberi servis setimpal dengan bayaran yang dikenakan. Yang ini haruslah dihindarkan.
Air yang kita gunakan sekarang tidak lagi sebersih di zaman dulu. Air yang diguna terus daripada pili paip sememangnya tidak baik untuk kesihatan. 

Oleh sebab itulah water filter digalakkan untuk setiap isi rumah. Air yang kotor dan tercemar boleh memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi jika seseorang itu tidak mempunyai daya tahan tubuh yang kuat. Memang membeli penapis air memerlukan modal yang agak besar (bergantung kepada pengeluar/jenama dan fungsi), namun ia amat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Dengan kemahiran servis penapis air yang anda miliki anda boleh jana pendapatan sampingan samada full time atau part time.

2 comments:

  1. I have been checking out a few of your stories and i can state pretty good stuff. I will definitely bookmark your blog hinada.com

    ReplyDelete
  2. That is really nice to hear. thank you for the update and good luck. https://aquafiltermag.com/

    ReplyDelete