sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Sunday, 27 March 2016

Kursus Percuma Buat Aplikasi Smartphone

Di zaman teknologi ini hampir semua orang memiliki sekurang-kurangnya satu smartphone. Budak-budak pun tau guna smartphone. Kalau zaman saya dulu mana ada main telefon masa kecik-kecik. Dah berumur 19 tahun baru ada phone sendiri, tu pun model Nokia 3310. Masa tu harga 3310 dalam lebih kurang RM500 kot. Kalau sekarang dengan RM500 kita boleh beli phone yang canggih dah. Siap ada macam-macam aplikasi dan fungsi yang kita tak pernah bayangkan dulu.


kursus percuma



Sesiapa yang tidak ada smartphone memang boleh dikatakan agak ketinggalan di zaman ini. Memiliki smartphone memang sangat banyak kelebihannya. Kita dapat mencari kenalan baru, kita dapat beli barang tanpa perlu ke kedai, nak main game, macam-macam ada. Bukan tu saja, kita boleh dapat duit dan kerja online melalui aplikasi. Tapi untuk main game contohnya, seseorang itu perlu install aplikasi game barulah dapat main game sepuas-puasnya kan.



Jika anda ingin tahu, aplikasi smartphone ini dicipta oleh seseorang pakar yang mempunyai minat mendalam di dalam bidang ini. Orang biasa macam kita ni yang tidak tahu coding atau programming pun boleh buat aplikasi phone sebenarnya, yang penting ada minat ingin belajar yang kuat. Kalau anda nak belajar buat aplikasi phone secara online boleh juga. Laman web seperti appypie.com ada menyediakan tutorial membina aplikasi secara percuma.

Kebiasaannya bila kita nak install aplikasi kita akan masuk ke Google Play Store (android) dan Apple Store (IOS). 

Antara jenis aplikasi yang biasa kita temui adalah: 

1.    Aplikasi percuma
Kebiasaannya aplikasi yang percuma diberi untuk limited features/content. Maksudnya akses anda terhadap produk/servis itu terhad. Jika anda inginkan servis yang lebih baik anda mungkin perlu bayar.

2.    Pembayaran sekali sahaja
Jenis yang ni, anda dikehendaki membayar sekali sahaja untuk menggunakan aplikasi yang diingini.

3.    Aplikasi berbayar dengan added paid features
Huhu.. jenis ni mungkin banyak makan duit anda. Sebab anda kena bayar untuk install aplikasi, lepas tu mungkin anda kena bayar lagi untuk feature tambahan.

4.    Aplikasi percuma dengan iklan

Bayangkan anda ada kemahiran membuat aplikasi phone sudah semestinya sangat menguntungkan. Dengan aplikasi saja anda dapat menjana pendapatan sampingan dan tidak mustahil menjadi punca pendapatan utama.

Bagi sesiapa yang berminat membina kerjaya di dalam bidang aplikasi mobile, anda boleh menghadiri bengkel/kursus membina aplikasi phone yang dianjurkan oleh:

Trailblazer Success Centre
27 Mac 2016 (Ahad): Jam 3pm-7:30pm
30 Mac 2016 (Rabu): Jam 3pm-7:30pm
Tempat: Trailblazer Success Centre, 7-2, Jln 3/4C, Desa Melawati, KL.
Tiket adalah percuma. Anda boleh register terlebih dahulu di laman web Trailblazer untuk reserve tempat.

Intelligent Strategy Solutions
29 Mac 2016 (Selasa): Jam 2pm-3:30pm, 8:30pm-10pm
30 Mac 2016 (Rabu): 8:30pm-10pm
31 Mac 2016 (Khamis): 8:30pm-10pm
5 April 2016 (Selasa): 8:30pm-10pm
6 April 2016 (Rabu): 8:30pm-10pm
7 April 2016 (Khamis): 8:30pm-10pm
9 April 2016 (Sabtu): 9am-10:30am

Tempat: Plaza Mont Kiara, Block C, 8th Floor, Unit 2, Opposite Starbucks.
Hubungi: Mr.Tan 016-2186234

Syarat-syarat:
Anda mesti bawa laptop sendiri untuk pratktikal nanti
Mesti ada smartphone/tablet

Siapa yang perlu attend bengkel ini?
Sesiapa yang mahu buat duit
Sesiapa yang mahu kebebasan di dalam kerjaya
Sesiapa yang ingin mempromosikan bisnes dengan menggunakan aplikasi phone
Sesiapa yang mahu kerja dari rumah
Sesiapa yang mahu mengubah karier atau sudah bosan dengan kerja lama
Sesiapa yang ingin belajar bagaimana membina aplikasi

Boleh dikatakan untuk sesiapa sajalah yang berminat. Jika mahu segeralah daftar tempat, takut nanti kena caj.

Saya sendiri sebenarnya pernah mencuba bina aplikasi sendiri menggunakan appypie..huhu...simple saja...malu lah saya nak tunjuk kat sini. Kepada yang suka belajar benda baru dan ada sifat ingin tahu yang kuat tu pergilah ke bengkel membina aplikasi mobile ni.

Manalah tahu dari situ anda berjaya mengembangkan perniagaan sedia ada dan juga mendapat karier baru. Kalau anda jenis yang kreatif lagi lah bagus join ni. Jadi, apa tunggu lagi..daftarlah sementara percuma!

No comments:

Post a Comment