sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Monday, 14 March 2016

Jenis Kerja Sesuai Untuk Introverted, Tak Perlu Jumpa Customer

Di sini saya akan berkongsi beberapa syarikat besar di Malaysia yang menawarkan kerja back end processing. Kerja back end ini sesuai untuk fresh graduate dan mereka yang yang bersikap introvert. Kerja sebegini anda tidak perlu bertemu dengan pelanggan. Segala kerja anda lakukan di dalam komputer.


kerja tak perlu jumpa customer

Saya sendiri pernah bekerja di beberapa buah syarikat di bawah ini. Jadi saya ingin kongsikan serba sedikit apa yang saya tahu. Manalah tahu ada yang berminat nak apply.

1. Prudential Services Asia
Siapa yang tak pernah dengar Prudential bukan? Saya yakin ramai yang tahu. Prudential Services Asia ni mempunyai cawangan di Menara Yayasan Tun Razak, Bukit Bintang dan di Cyberjaya. Prudential Services Asia (PSA) melakukan kerja back end processing untuk syarikat Prudential Singapura iaitu Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Ltd (PACS).

Maksudnya, cawangan di Malaysia memproses permohonan insurans yang dilakukan di Singapura. Borang permohonan itu akan discan ke dalam satu sistem di Singapura supaya pekerja di Malaysia dapat memproses permohonan melalui komputer sahaja.

Di cawangan Bukit Bintang, terdapat jabatan new business, policy admin, claim, dan underwriting. Di sinilah kes insuran diproses bermula dari peringkat proposal sehinggalah menjadi polisi insurans. Setiap jabatan mempunyai tugas tersendiri.
Jika anda berniat untuk apply kerja di sini anda haruslah bersedia kerja overtime pada bila-bila masa. Kadang-kadang anda dikehendaki untuk bekerja pada hujung minggu dan public holiday. Public holiday tidak ikut Malaysia tetapi ikut Singapura. Anda juga perlu tahan kerja di depan komputer sepanjang masa dan boleh buat kerja repetitive. Bukan itu saja, anda kena pantas menaip dan tiada masalah pinggang. Huhu..sebabnya anda terpaksa duduk lama semata-mata nak siapkan kerja.

Jika anda ada minat di dalam insurans lebih baik bagi memudahkan anda menangkap tugasan dengan cepat. Ohya, anda perlu mempunyai fokus yang tinggi bila nak kerja sini. Tak boleh buat kerja cincai. Kalau anda jenis yang buat tak kisah dengan kerja dan kerap buat mistake, sukar buat anda menghabiskan tugasan tanpa masalah.

Anda akan melalui satu test yang menguji tahap kefahaman English dan Matematik. Jika anda lulus test, anda akan dipanggil untuk interview.

2. AIG Shared Service
Kerja di AIG Shared Service lebih kurang sama seperti Prudential Services Asia. Cuma kalau di AIG anda kerja shift. Sama seperti PSA, ofis di Malaysia melakukan kerja back end processing untuk negara seperti Amerika Syarikat, negara Eropah, Afrika dan Asia. Jika anda diletakkan bekerja di bawah jabatan USA, terpaksalah anda kerja ikut time kat sama. 

Jika anda ditempatkan di jabatan negara Asia kira lebih baiklah, anda tak perlu kerja lewat malam. Seingat saya AIG Shared Service mempunyai ofis di Technology Park Malaysia, Menara Worldwide (bersebelahan dengan Menara Yayasan Tun Razak), Puchong dan Cyberjaya.

Saya pernah diterima bekerja di salah sebuah cawangannya satu ketika dahulu tetapi saya menolak di atas sebab-sebab tertentu.

3. Unisys Sdn Bhd
Setiapkali saya menonton siaran Badminton dan apabila pasukan Jepun bermain, ia akan membuatkan saya teringat kepada Unisys. Sebab baju pasukan Jepun ada perkataan Unisys. Unisys merupakan salah satu BPO di Malaysia yang melakukan kerja memproses cek untuk bank tempatan.

Di sinilah cek akan di check, sebarang cek yang disyaki fraud akan dilaporkan. Mengenalpasti cek fraud memerlukan skill. Contohnya mata tu kena tajam, fokus mesti tiptop. Kadang-kadang instinct yang bagus juga perlu. Zaman sekarang macam-macam cara digunakan untuk buat fraud cek.

Kalau anda lepasan SPM atau pesara anda boleh cuba minta kerja part time di sini. Kerja anda adalah memproses cek seperti scan dan verifikasi cek di dalam komputer. Tapi anda kena lulus ujian menaip jika nak kerja sini.

Kalau lepasan degree anda boleh apply jawatan officer tapi kerja full time. Bidang tugas anda lebih luas lah dan tanggungjawab juga lebih besar.

Unisys mempunyai cawangan Lembah Kelang di Damansara Height dan Damansara Utama.

4. AmInvestment
Ofis AmInvestment terletak di Menara Ambank Jln Raja Chulan, berdepan The Weld. Kalau anda menggunakan monorail anda stop di Raja Chulan. Anda kena jalan kaki beberapa minit untuk sampai ke Menara Ambank. Di kawasan tu ada banyak menara tinggi seperti Boustead, Great Eastern. Kalau tak sure, anda boleh tanya pedestrian.

AmInvestment ni bukan BPO tetapi saya sengaja senaraikan di sini memandangkan ia ada kaitan dengan kerja back end processing.

Dekat AmInvestment kalau tak silap saya tiada kerja part time. Tugas anda di sini adalah memproses permohonan investment. Jika anda clerk, anda banyak bekerja dengan kertas permohonan. Tugas clerk adalah untuk membantu officer. Kalau anda ada degree anda akan menjadi officer.

5. HSBC Data Processing Malaysia (HDPM)
Ofis HDPM terletak di Bangunan Bursa Malaysia, tidak jauh dari Menara Maybank dan juga di Cyberjaya. Kerja di HDPM banyak menggunakan telefon. Anda dikehendaki menelefon customer untuk mengesahkan transaksi atau sesuatu maklumat dan juga menjawab sebarang persoalan dari customer. Kerja di sini juga mengikut shift sebab anda akan membuat kerja untuk negara lain.

Jika anda jenis yang suka bercakap di telefon anda boleh adapt dengan kerja ni. Saya pernah datang interview di ofis Bursa Malaysia dan Cyberjaya satu ketika dulu ketika masih muda. Saya lulus tetapi saya reject, mungkin sebab saya rasa ia tidak sesuai dengan jiwa saya. Jika anda seorang fresh graduate anda boleh cuba ambil pengalaman di sini. Untuk pengetahuan anda, anda dikehendaki untuk menduduki ujian sebelum ditemuduga. Tahap penulisan dan perbualan English juga harus baik sebab anda akan berhubung dengan customer luar negara. Jika anda tahu banyak bahasa ia pasti lebih mudah untuk diterima bekerja.

Sebenarnya ada banyak lagi syarikat Business Process Outsourcing (BPO) atau back end processing di Malaysia. Antara lain adalah SCOPE International (Standard Chartered), Manulife, AIA, American Express dan Citibank. Anda boleh cuba survey jika anda berminat.

Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat boleh tulis di ruangan komen (load disqus comment) di bawah. Jika ada yang salah saya berharap ada yang bantu perbetulkan.

No comments:

Post a Comment