sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Tuesday, 15 March 2016

10 Kerja Kemahiran Yang Mendapat Permintaan Tinggi Boleh Berjaya

Setiap orang di dunia ini memiliki keupayaan, minat dan jiwa yang berbeza. Sesetengah orang sangat bagus di dalam bidang akademik, mungkin kerana genetiknya dan juga banyak faktor lain. Ada juga sesetengah orang yang memang sangat tidak bagus di dalam bidang akademik tetapi bagus di dalam kerja kemahiran (skilled job).

kerja kemahiran

Kerja Kemahiran Yang Mendapat Permintaan Tinggi


Golongan ini walau dipaksa bagaimanapun otak mereka tetap tidak dapat memproses maklumat akademik yang disampaikan. Ini tidak bermaksud mereka bodoh tetapi mereka memiliki cara pemikiran yang tersendiri.

Tidak juga bermaksud mereka tidak boleh berjaya dalam hidup atau tidak boleh hidup seperti kebanyakan orang. Pada pendapat saya, setiap individu adalah berbeza dan perlu dilayan dengan cara yang berbeza.
 
Untuk memahami golongan ini memerlukan empati yang tinggi. Ia bukan tugas yang mudah jika anda tidak meletakkan hati yang ikhlas di dalam membentuk atau membimbing mereka.

Alamak!

Saya sebenarnya nak bercerita tentang 10 kerja kemahiran yang biasanya mendapat permintaan tinggi tetapi terlajak bercerita tentang keperibadian pula. Tapi, ada juga kait-mengait dengan tajuk artikel ni kan?

Okay! Jom lihat senarai kerja kemahiran yang tidak rugi dipelajari. Kalau anda ada kerja lain tidak salah juga anda mempelajari ilmu kemahiran ini. Sebab ilmu ini akan banyak membantu meningkatkan ekonomi anda.

Nak tahu mengapa ilmu kemahiran ni penting? Saya bagi contoh situasi. Katakanlah satu hari tu company tempat anda bekerja jatuh bangkrap dan anda hilang pekerjaan. Nak cari kerja baru bukan mudah dan perlukan masa juga. Nah! Di sinilah ilmu kemahiran boleh dipraktikkan.

Ketika menunggu kerja baru tu anda boleh offer servis repair phone atau repair kasut. Sekurang-kurangnya di saat darurat tu ada jugalah penyelamat. Kemahiran yang dipelajari tu bukan semua orang ada tau. Hanya mereka yang istimewa saja ada. Kiranya anda ni special one! Orang selalu cari anda.

Okay jom lihat contoh-contoh kerja kemahiran.

1. TUKANG GIGI PALSU

Membuat gigi palsu merupakan satu pekerjaan yang berbaloi dan menguntungkan. Jikalau anda sudah lama di dalam bidang ini dan sangat mahir dengan selok belok kerja, peluang anda untuk maju sangat tinggi. Mungkin di satu saat nanti anda mahu membangunkan bisnes gigi palsu sendiri.

Permintaan terhadap gigi palsu sentiasa ada. Mengapa? Sebab semua orang di satu masa akan kehilangan gigi terutamanya orang tua. Ketika itulah mereka mencari gigi palsu.

Jika anda ada minat untuk maju di dalam bidang ini, anda boleh cuba mengasah kemahiran dengan memohon di klinik gigi palsu. Untuk memohon kerja ini tidaklah sukar. Tidak ada sijil membuat gigi palsu pun boleh apply. Yang penting anda boleh tahan kerja repetitive (berulang).

Lagipun dalam bidang ini kebanyakan masa fokus anda membuat gigi palsu dan sangat kurang berinteraksi dengan orang luar. Maksudnya kurang bercakap dan mungkin bosan. Jika anda suka kerja sebegini, anda boleh cuba mohon. Paling penting bila anda sudah expert, anda boleh buat bisnes sendiri. Nak buat bisnes gigi palsu ni mudah sebab dari rumah sendiri pun boleh buat, janji ada kelengkapan.

2. TUKANG JAM

Jikalau anda ada minat untuk menjadi tukang jam yang berjaya anda boleh apply dengan Swatch Group Malaysia dan Richemont Luxury Malaysia. Syarikat jam ini ada menawarkan kursus dan jawatan kosong membaiki jam.

Bukan saja membaiki jam yer, kursus membuat jam juga ada. Sekiranya anda terpilih anda mungkin dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus. Mungkin di Switzerland? Huhu..Boleh juga belajar sambil melancong kan?

Bayangkan selepas beberapa tahun berkursus dan anda sudah expert, anda boleh membina bisnes sendiri. Kalau tak minat buat bisnes, skill anda tetap laku dan anda boleh bekerja di mana-mana kedai jam. Pilihlah kedai jam yang bertaraf tinggi, bukan kat tepi lorong tu kalau nak gaji tinggi.

Kalau takde modal buat bisnes sendiri, sekurang-kurangnya anda boleh offer servis membaiki jam kepada orang. Ia boleh membantu menambahkan pendapatan sampingan anda. Bijak bukan?

Kalau anda diberi peluang belajar repair jam, anda jangan menolak ilmu tu. Ia takkan datang selalu. Percayalah. Jikalau anda nak ikut kursus luar, anda kena bayar beribu-ribu tau. Kerja kemahiran ni tak rugi dipelajari. Anda pasti berterima kasih kepada orang yang mengajar anda nanti.

3. TUKANG KASUT

Saya pernah membaca satu artikel mengenai seorang tukang kasut yang memperoleh sekitar RM300 sehari dengan repair kasut orang. Bayangkan dalam sebulan dah berapa ribu tu. Tu anggaran kasar saja.

Jangan sangka kerja repair kasut ni tak menguntungkan. Kalau tak menguntungkan masakan ramai orang yang offer buat kerja ni.

Jika anda berminat repair kasut atau saja-saja nak cari duit sampingan, anda kena rapatlah dengan otai tukang kasut ni. Belajar ilmu dengan diaorang. Kalau anda seorang yang boleh belajar sendiri, anda go ahead saja belajar sendiri di rumah. Anda boleh juga refer Youtube dan google search.

Kalau anda berada berdekatan KL, anda boleh cari kelengkapan baiki kasut di Petaling Street. Tak taulah kalau ada di tempat lain. Kena rajin survey. Rajin belajar.
Kalau tiada bajet besar anda beli kelengkapan biasa saja. Mungkin anda jahit tangan saja seperti kebanyakan tukang kasut. Jika ada modal besar tu, bolehlah beli mesin jahit kasut.

4. TUKANG KUNCI

Kos untuk mulakan bisnes buat kunci ni agak mahal juga. Dalam ribuan ringgit kot. Entahlah saya tak pasti pula. Huhu. Tapi jika anda ada skill buat kunci memang ia satu aset yang berguna.

Manalah tahu satu hari nanti ada kena jackpot ke 6D ke, ada juga modal beli mesin buat kunci kan.

Walaupun buat kunci macam biasa-biasa saja, anda jangan pandang sebelah mata tau. Bayangkanlah, semakin membangun sesuatu tempat itu semakin banyaklah kediaman. Semakin banyak kediaman, semakin banyaklah pintu. Semakin banyak pintu, banyaklah juga permintaan kunci. Dapat lihat kuasa bisnes kunci ni? Lagi satu seketul kunci tu dah berapa ringgit. Bukan seringgit dua tau.

Saya bukanlah pakar bisnes saya hanya melihat dari kelogikannya.

5. MEKANIK

Ketika saya sekolah rendah saya ada cita-cita nak jadi mekanik dan pilot. Entahlah kenapa saya fikir mekanik, tak fikir pun nak jadi doktor ker, cikgu ke.
Jika anda tahu repair motosikal dan kereta anda boleh offer servis kepada kawan-kawan dan saudara mara. Mungkin full time anda bekerja di bengkel, ketika masa lain anda boleh buat part time dari rumah.
Walaupun kerja mekanik ni nampak comot tapi poket berketul-ketul. Kalau kenderaan sendiri rosak tak perlu buang duit hantar ke bengkel sebab sendiri boleh repair. Sememangnya banyak menjimatkan perbelanjaan.

Walaupun kerja ni comot dan menghitamkan jari, banyak juga kebaikannya kan?


6. TUKANG JAHIT

Kerja menjahit fleksibel. Anda boleh buat di rumah, bekerja di kedai orang atau bekerja di kedai sendiri. Takde kedai sendiri pun takpe, sebab anda boleh offer servis menjahit dari rumah saja.

Kalau anda berminat menjahit, anda boleh ikuti kursus menjahit di kawasan anda. Kalau ada keluarga atau saudara yang mahir menjahit anda boleh minta ajarkan.

Bisnes menjahit ni sesuai sangat untuk suri rumah tangga di samping menguntungkan. Bukan saja anda boleh bekerja ikut masa sendiri, anda juga ada masa bersama-sama anak di rumah.

7. TUKANG REPAIR PHONE

Ini satu lagi bidang kemahiran yang menarik saya rasa. Dengan berkembang pesatnya penggunaan smartphone, permintaan terhadap servis repair phone juga meningkat.
Kalau anda jenis yang boleh belajar sendiri anda boleh cari tutorial repair phone dalam Youtube atau google search.

Jika anda jenis yang tak suka belajar sendiri, anda ikuti kursus. Biasanya kursus dalam ratusan hingga ribuan ringgit mengikut level tertentu. Anda boleh google untuk maklumat lanjut.

Bagi saya lebih baik ikuti kursus supaya mudah untuk anda belajar teknik yang lebih dalam. Lagipun melalui kursus anda akan dapat sijil dan berpeluang mendapat tunjuk ajar one to one.

8. TUKANG CAT

Saya yakin ramai yang tahu mengecat. Tapi nak mengecat seperti profesional memerlukan kepakaran dan pengalaman.

Kemahiran ini juga banyak keuntungannya. Jika anda expert mengecat, anda akan dibayar gaji tinggi. Kalau anda ingin dapat pendapatan lebih, anda boleh offer servis mengecat ketika hujung minggu.

9. PLUMBER, JURUELEKTRIK
Plumber, wireman juga mendapat permintaan tinggi. Tugas seorang plumber bukanlah mudah. Sebab kebiasaannya berdepan dengan kekotoran. Tidak semua orang sanggup buat kerja ni tau.

Ada orang tau buat pun taknak buat sebab rasa geli dengan kekotoran. Kerja sebagai wiremen juga sangat penting sebab tak ramai orang tahu kemahiran ni. Kalau anda expert di dalam wiring, pasti ramai yang mencari khidmat anda.

Kedua-dua kerja ni sentiasa dicari. Yelah, semakin banyak rumah, semakin banyaklah permintaan servis ni.

Kerja kemahiran ini, semua orang boleh lakukan, yang penting ada kemahuan dan jalannya. Paling penting minat ingin belajar itu harus ada. Tanpa minat, buat apapun seperti tak buat apa-apa.

Untuk menjadi orang berjaya dan kaya, anda tidak semestinya mempunyai tahap pendidikan tinggi. Walaupun anda ada PMR atau SPM saja, anda boleh berjaya seperti orang yang ada degree atau PHD.

Tidak semua orang yang berpendidikan tinggi itu berjaya dan tidak semua orang yang berpendidikan rendah itu tidak boleh berjaya. 


 
Yang paling penting usaha tanpa mengenal putus asa dan follow your dream, lakukan apa yang anda rasa gembira lakukan. Apabila anda gembira dengan apa yang anda lakukan, hidup anda secara automatik akan bahagia. Trust me.

No comments:

Post a Comment