sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Saturday, 12 March 2016

Kerja Cuti Semester Dan Lepasan Sekolah Ikut Jam

Daripada duduk rumah saja lebih baik buat kerja bukan? Jika tak dapat kerja full time, sekurang-kurangnya dapat kerja part time, ada juga duit poket. Kerja sambilan ni sesuai untuk mereka yang baru saja lepas sekolah dan para pelajar universiti yang cuti semester ataupun baru sahaja tamat belajar. Ia juga sesuai untuk para pesara atau OKU yang mungkin kebosanan di rumah.


kerja cuti sekolah dan kerja cuti semester

KERJA CUTI SEKOLAH DAN CUTI SEMESTER



1. Data entry di Unisys, Kuala Lumpur

Unisys ni terdapat di banyak buah negara. Kalau di Malaysia Unisys merupakan sebuah syarikat BPO iaitu Business Process Outsourcing ataupun orang tengah yang melakukan kerja memproses cek untuk bank tempatan. Terdapat dua cawangannya di Lembah Kelang iaitu di Damansara Height dan Damansara Uptown.

Tugas anda hanya memproses, scanning dan verifikasi cek bank dengan menggunakan komputer.

Kelayakan:
Warganegara Malaysia
SPM, STPM, Diploma, Degree (Fresh graduate)
Seorang yang attention to detail dan boleh buat kerja berulang setiaphari
Mempunyai kepantasan menaip yang bagus.

Ada transport sendiri lebih baik sebab mungkin bekerja sehingga 9:30pm.
Namun tiada transport tidak apa juga sebab sekarang sudah ada stesen MRT Semantan yang stop hanya 2 minit berjalan kaki ke bangunan HP. Ohya Unisys terletak di dalam bangunan HP.
Kalau Unisys di Damansara Uptown, anda kenalah naik bus rapidkl. Bus takkan berhenti depan bangunan. Namun ia tidaklah jauh untuk berjalan kaki.

Hari bekerja Isnin-Jumaat sahaja

Jika anda berminat, anda boleh hubungi:
Unisys di talian utama 03-77106788
ataupun melalui agensi pekerjaan Adecco
ataupun anda boleh cari di dalam Jobstreet atau goole sahaja manatau ada vacancy terbaru.

2. Kerja sebagai Translator/Subtitler

Terdapat beberapa syarikat yang saya tahu menyediakan servis penterjemahan subtitle di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Antaranya adalah I-Yuno, Sky Picture, SDI Media dan ADR Media.

Kesemua syarikat ini terlibat di dalam industri media dan hiburan di mana tugas anda adalah menterjemah subtitle/kandungan drama, dokumentari, movie dan sebagainya. Jika anda perasan di setiap penghujung rancangan di dalam Astro contohnya, anda akan lihat nama syarikat penterjemah dipaparkan.

Kelayakan:
Fasih di dalam bahasa Malaysia, English dan bahasa lain. ( sebab ini kerja translate subtitle, kena fasih penulisan banyak bahasa)
Grammar mesti bagus. 

Kerja translate subtitle ni bukan kerja yang mudah. Anda perlu dedikasi dan sanggup bekerja lebih masa. Nak kerja ni kena banyak fikir. Lagi satu anda mestilah seorang yang boleh handle stress.

Anda haruslah seorang yang attention to detail dan tidak sambil lewa menterjemah, boleh siapkan kerja cepat.
Jika anda tahu banyak bahasa dan bagus di dalam penulisan anda mempunyai peluang besar untuk diambil bekerja secara freelance atau full time.

Jika anda berminat, anda kena selalu rajin lihat jobstreet dan laman web syarikat tersebut. Ohya, syarikat tersebut ada juga menyediakan servis voice dubbing. Anda boleh cuba kot-kot ada vacancy.

3. Kerja sebagai model sambilan

Jika anda rasa diri tu ada rupa dan ada karisma seorang model anda boleh cuba. Tiada rupa menarik boleh juga cuba. Sebab model ni ada banyak jenis. Model catwalk, model iklan sabun, model iklan pakaian, model makanan kucing, model iklan kunci dan macam-macam lah.

Berminat boleh hubungi Facebook page: Part time model/commercial talent
Atau email: perfect.talent@hotmail.com
Anda boleh juga semak vacancy di website asiaparttime. Ohya, jangan percaya sangat dengan semua iklan di dalam asiaparttime. Mustahak untuk anda selidik terlebih dahulu ok? Anda boleh juga cari di laman web lain. Google saja...google tu umpama cikgu nombor satu anda...kalah cikgu sekolah tau, percayalah.

4. Kerja sebagai pemandu sambilan

Jika anda rasa gaji kerja sekarang tidak cukup anda boleh bekerja sebagai pemandu part time. Anda boleh lakukan selepas habis waktu bekerja dan hujung minggu. Pernah dengar Uber, Grabcar dan yang seumpama dengannya? Kalau anda ada kereta sendiri dan ada lesen memandu yang sah anda boleh join.

Anda tidak perlu cari pelanggan seperti taxi. Pelanggan akan dihantar kepada anda melalui aplikasi android atau iphone. Mudah saja kan? Jika anda buka laman web mudah.my anda akan lihat banyak kekosongan. 

Pembetulan (2019), Uber sudah berkubur di Malaysia. Sekarang dimonopoli Grabcar. Namun ada juga servis lain seperti Socar, Mycar....emmmm...cuba google ya?

5. Kerja sebagai Online Tutor

Terdapat beberapa laman web yang membolehkan anda menawarkan servis home based tutor atau secara online. Anda boleh tawarkan servis mengajar bahasa, subjek atau kemahiran yang anda pakar di rumah pelajar atau online. Jika anda google search ‘online tutor Malaysia’ memang keluar banyak laman web yang menawarkan servis sedemikian. Cubalah!


6. Kerja sebagai caddy golf atau kedi

Mungkin ramai beranggapan kerja caddy golf ni umpama jadi kuli. Yelah, tolong angkat barang golfer, berlari sana-sini kutip bola golf. Sebenarnya kerja caddy ni ada baiknya. 

Pertama sekali, anda akan memperbaiki social skill, anda akan bertemu dengan ramai orang kaya dan berpengaruh. Mana tahu mereka boleh membantu anda satu hari nanti bukan? Namun, berbaik-baiklah dengan orang.

Kedua, gaji sebagai caddy atau kedi ni lumayan juga. Tips dari golfer memang tinggi. Dalam RM50 macam tu paling minimum. Kalau dapat golfer yang murah hati tu memang best lah hidup anda. Hari-hari poket tebal.

Ketiga, baca ni. Anda berpulang mendapat latihan sebagai caddy professional dan sebagai golfer. Anda ada peluang bermain golf dengan kos yang murah di padang golf. Bagus kan? Hadiah untuk pemenang golf juga lumayan.

Jika berminat, rajin-rajinlah google. 


7. Kerja sebagai Packer atupun pembungkus

Syarikat yang memerlukan packer atau pembungkus yang saya tahu adalah terletak di Zenith Corp di Kelana Jaya SS7. Kerjanya membungkus makanan Famous Amos. So hari-hari anda boleh hidu coklat kan? Best juga. Gajinya berdasarkan jam. Sangat sesuai untuk student. Ingin tahu lanjut, contact ini orang ( Samantha: 012-6942258)


8. Kerja sebagai surveyor atau kaji selidik di Gloviss

Di sini juga menyediakan kerja part-time untuk student. Tugas anda hanyalah melakukan kerja selidik. Jika berminat anda boleh bertanya kepada yang bertugas. Sila lawati laman web ini KLIK SINI


Agensi Pekerjaan Yang Berkualiti dan Dipercayai


Jika ada kerja separuh masa yang best yang anda tahu, anda boleh senaraikan di bahagian comment di bawah. Jangan lupa share post ini kepada rakan-rakan manalah tahu ada yang memerlukannya. 

Semua yang senaraikan di sini adalah sah. Semoga anda berjaya di dalam job hunting!

1 comment: