sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Saturday, 12 March 2016

Kerja Cuti Semester Dan Lepasan Sekolah Ikut Jam

Daripada duduk rumah saja lebih baik buat kerja bukan? Jika tak dapat kerja full time, sekurang-kurangnya dapat kerja part time, ada juga duit poket. Kerja sambilan ni sesuai untuk mereka yang baru saja lepas sekolah dan para pelajar universiti yang cuti semester ataupun baru sahaja tamat belajar. Ia juga sesuai untuk para pesara atau OKU yang mungkin kebosanan di rumah.

kerja cuti sekolah dan kerja cuti semester

KERJA CUTI SEKOLAH DAN CUTI SEMESTER


1.Unisys Sdn Bhd
Unisys ni terdapat di banyak buah negara. Kalau di Malaysia Unisys merupakan sebuah syarikat BPO iaitu Business Process Outsourcing ataupun orang tengah yang melakukan kerja memproses cek untuk bank tempatan. Terdapat dua cawangannya di Lembah Kelang iaitu di Damansara Height dan Damansara Uptown.

Tugas anda hanya memproses, scanning dan verifikasi cek bank dengan menggunakan komputer.

Kelayakan:
Warganegara Malaysia
SPM, STPM, Diploma, Degree (Fresh graduate)
Seorang yang attention to detail dan boleh buat kerja berulang setiaphari
Mempunyai kepantasan menaip yang bagus
Ada transport sendiri lebih baik sebab mungkin bekerja sehingga 9:30pm.
Hari bekerja Isnin-Jumaat sahaja

Jika anda berminat, anda boleh hubungi:
Unisys di talian utama 03-77106788

ataupun melalui agensi pekerjaan Adecco
Email: adiera@adecco.com
atau walk-in di: Adecco Staffing & Outsorcing, Level 32, Menara Citibank, KL

2.Translator/Subtitler
Terdapat beberapa syarikat yang saya tahu menyediakan servis penterjemahan subtitle di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Antaranya adalah I-Yuno, Sky Picture, SDI Media dan ADR Media.

Kesemua syarikat ini terlibat di dalam industri media dan hiburan di mana tugas anda adalah menterjemah subtitle/kandungan drama, dokumentari, movie dan sebagainya. Jika anda perasan di setiap penghujung rancangan di dalam Astro contohnya, anda akan lihat nama syarikat penterjemah dipaparkan.

Kelayakan:
Fasih di dalam bahasa Malaysia, English dan bahasa lain. ( sebab ini kerja translate subtitle, kena fasih penulisan banyak bahasa)
Grammar mesti bagus
Kerja translate subtitle ni bukan kerja yang mudah. Anda perlu dedikasi dan sanggup bekerja lebih masa. Nak kerja ni kena banyak fikir. Lagi satu anda mestilah seorang yang boleh handle stress.
Anda haruslah seorang yang attention to detail, boleh siapkan kerja cepat.
Jika anda tahu banyak bahasa dan bagus di dalam penulisan anda mempunyai peluang besar untuk diambil bekerja secara freelance atau full time.

Jika anda berminat, anda kena selalu rajin lihat jobstreet dan laman web syarikat tersebut. Ohya, syarikat tersebut ada juga menyediakan servis voice dubbing. Anda boleh cuba kot-kot ada vacancy.

3.Model sambilan
Jika anda rasa diri tu ada rupa dan ada karisma seorang model anda boleh cuba. Tiada rupa menarik boleh juga cuba. Sebab model ni ada banyak jenis. Model catwalk, model ikan sabun, model iklan pakaian, model iklan kunci dan macam-macam lah.

Berminat boleh hubungi Facebook page: Part time model/commercial talent
Atau email: perfect.talent@hotmail.com
Anda boleh juga semak vacancy di website asiaparttime.

4.Pemandu sambilan
Jika anda rasa gaji kerja sekarang tidak cukup anda boleh bekerja sebagai pemandu part time. Anda boleh lakukan selepas habis waktu bekerja dan hujung minggu. Pernah dengar Uber, Grabcar dan yang seumpama dengannya? Kalau anda ada kereta sendiri dan ada lesen memandu yang sah anda boleh join.

Anda tidak perlu cari pelanggan seperti taxi. Pelanggan akan dihantar kepada anda melalui aplikasi android atau iphone. Mudah saja kan? Jika anda buka laman web mudah.my anda akan lihat banyak kekosongan.

5.Online Tutor
Terdapat beberapa laman web yang membolehkan anda menawarkan servis home based tutor atau secara online. Anda boleh tawarkan servis mengajar bahasa, subjek atau kemahiran yang anda pakar di rumah pelajar atau online. Jika anda google search ‘online tutor Malaysia’ memang keluar banyak laman web yang menawarkan servis sedemikian. Cubalah!


Agensi Pekerjaan Yang Berkualiti dan Dipercayai

Jika ada kerja separuh masa yang best yang anda tahu, anda boleh senaraikan di bahagian comment di bawah dengan klik pada ‘load disqus comment’. Jangan lupa share post ini kepada rakan-rakan manalah tahu ada yang memerlukannya. Semoga anda berjaya di dalam job hunting!

1 comment: