sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Friday, 18 March 2016

Institusi Yang Menawarkan Kursus Kemahiran Lepasan Sekolah

Keputusan SPM sudah pun keluar. Ada yang mahu sambung belajar, ada juga yang tidak mahu sambung belajar dan ingin bekerja. Mungkin ada juga yang mahu mengikuti kursus kemahiran seperti membaiki komputer, mekanik dan di dalam bidang pembinaan.


Kursus Kemahiran Jangka Pendek dan Kursus Kemahiran Percuma

kursus kemahiran percuma


Bagi yang bertekad untuk menyertai kursus kemahiran tentu sekali berasa susah untuk memilih institusi yang terbaik untuk diri. Lagipun terdapat banyak jenis kursus dan institusi, kadang-kadang keliru tidak tahu mana satu nak dipilih.

Di Malaysia terdapat beberapa badan yang menyediakan peluang kemahiran. 

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia – CIDB
CIDB merupakan badan yang terlibat dengan industri pembinaan. Mereka menyediakan latihan kemahiran terutamanya kepada lepasan sekolah. Pemohon mestilah berumur 16 hingga 35 tahun. Tentang kos pengajian anda tidak perlu risau, badan ini akan sponsor sepenuhnya. 

Latihan akan dilakukan di pusat CIDB dan juga di semua Akademi Binaan Malaysia. Apabila anda lulus kursus anda akan diberi Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK). Jika anda nak tahu maklumat lanjut sila masuk ke laman web CIDB.

2.Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Melalui Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK), para peserta yang berjaya akan dianugerahkan sijil MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I dan SKM II). 

Keutamaan penyertaan akan diberi kepada golongan miskin tegar. Para peserta kursus akan dibantu dari segi yuran, makan, dan tempat tinggal. Selain itu mereka akan diberi elaun RM25 sehari sekiranya kursus kurang daripada sebulan. Kalau tempoh kursus lebih daripada sebulan maka elaun berjumlah RM150 diberi.

Jika anda nak tahu, antara kursus yang ditawarkan adalah pertanian, mekanik, repair komputer, memasak,kraftangan dan lain-lain.

3.GiatMara
Di GiatMara terdapat pelbagai bidang kemahiran ditawarkan. Bagi yang gagal SPM tu jangan putus asa. Jika anda menuntut di Giatmara, anda akan diajar kursus teknikal yang mana akan membantu anda di dalam bidang pekerjaan dan keusahawanan satu hari kelak.

Anda juga tidak perlu membayar yuran pengajian dan anda akan dibayar elaun setiap bulan sebanyak RM200.

4.Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
IKBN juga lebih kurang sama seperti institusi kemahiran di atas. Sesiapa yang berminat boleh register di dalam laman web IKBN.


Saya hanya menyenaraikan pusat kemahiran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Sesuai untuk mereka yang kurang modal atau tiada modal untuk mengikuti kursus swasta. Lagipun anda boleh dapat elaun bulanan dan sijil di sini.

Kursus di sini juga bagus dan sijil Giatmara terutamanya sangat laku di pasaran kerja. Jika anda tiada minat di dalam bidang akademik saya syorkan sangat-sangat anda join program ini.


Lagipun apabila anda sudah mahir anda boleh melangkah lebih jauh mungkin dengan membuka perniagaan sendiri contohnya membangunkan bengkel sendiri. Kerja kemahiran ni di mana-mana saja sentiasa ada permintaan dan sememangnya tidak rugi untuk dipelajari. Ia akan sentiasa hidup di dalam diri anda seperti bunga yang mekar. Maksud saya, ilmu ni sampai bila-bila pun tetap segar.

Kalau dah ramai expert di dalam bidang kemahiran tak perlu dah kerajaan mengimport tenaga kerja luar tu. Kan lebih baik kita bekerja untuk negara sendiri. Bayangkan kalau semua kerja kemahiran tu dipegang oleh orang asing, tentu sekali kita rakyat negara ni akan hilang pekerjaan dan persaingan mendapat pekerjaan menjadi sengit. 

Ia juga baik untuk anak cucu kita di kemudian hari. Manalah tahu anak-anak kita juga ingin menceburi bidang yang sama.Kalau boleh kita nak anak kita mudah mendapat kerja bukan.

Tapi kalau kerajaan kita masih juga nak ambil pekerja luar walaupun ramai rakyat yang boleh buat kerja tu, hanya kerana kos pekerja asing rendah..tak tau lah saya nak cakap apa. Speechless. Tapi kalau rakyat sendiri taknak kerja di dalam bidang tu, saya juga Speechless

No comments:

Post a Comment