sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Tuesday, 29 March 2016

Contoh Idea Perniagaan Dari Rumah Berpotensi Berjaya

Dengan berkembang pesatnya teknologi internet semakin ramai orang menjalankan perniagaan dari rumah. Tetapi, jikalau ada keinginan saja untuk buat bisnes tetapi tiada ilmu memang mustahil untuk berjaya. Di entry kali ini saya akan menerangkan contoh idea perniagaan dari rumah yang berpotensi untuk berjaya. Saya bukan ahli perniagaan dan bukan juga orang kaya, saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya tahu.


bisnes dari rumah



Saya tahu ramai yang berminat buat bisnes online tetapi tidak tahu nak buat bisnes apa. Antara persoalan yang biasa bermain di fikiran adalah: Apakah produk/servis yang terbaik dan mendapat permintaan tinggi? Apakah bisnes yang tidak perlu keluarkan modal? Okay, jika nak tahu lanjut teruskan membaca ok.

Di generasi ini sesebuah perniagaan yang tidak menggunakan internet boleh dikatakan kurang berjaya atau bakal gagal. Sebab jika anda ingin jual barang, anda kena promosikan. Untuk promosikan produk, internet adalah medium yang paling berkuasa dan murah. Kalau setakat ada produk dan kedai tetapi tidak diketahui orang, perniagaan anda susah untuk pergi jauh.

Namun, sekiranya anda sudah bertekad untuk melibatkan diri di dalam bisnes online anda haruslah ada internet. Tanpa internet, memang tiada istilah bisnes online. 

Nasihat saya jika anda ingin berbisnes, seeloknya anda pilih perniagaan yang anda minati bukan saja kerana ia mempunyai potensi berjaya.

Mari saya tunjukkan beberapa jenis idea perniagaan yang boleh anda mulakan dari rumah.

1. Blogging

Jika anda mempunyai minat mendalam di dalam bidang penulisan anda boleh membuat blog. Anda boleh guna platform blogger atau wordpress. Ada banyak cara anda boleh jana pendapatan daripada blog. Antaranya melalui iklan, affiliate, jual produk, google adsense dan sebagainya. Dengan adanya blog, bukan saja anda boleh suka-suka menulis tetapi anda boleh juga promote barang jualan sendiri. Selain itu anda juga dapat membantu orang lain. Jika anda ingin khidmat membuat blog atau website anda boleh KLIK SINI

Lihat Senarai Kerja Part-time dan Ikut Jam

2. Kedai online kraftangan

Bagi yang memiliki ilmu membuat kraftangan tu, anda boleh buat satu online store khas untuk jual kraftangan. Selain tu anda boleh juga jual di dalam Facebook, Etsy, Whatsapp dan Instagram. Kalau ada website sendiri lagi baik, anda boleh jual sendiri sahaja. Kalau tiada website boleh juga jual di Shopee, Lazada, Lelong dan mudah.my.

3. Online survey

Online survey yang saya syorkan adalah AQ Services dan Panelplace. Yang terbaru adalah Gloviss. Sekiranya anda menetap di bandar dan mempunyai transport sendiri program ni memang sangat bagus. Anda hanya perlu register online dan offer akan dihantar pada email anda jika ada kerja. Anda kena rajin check email lah takut expired pula kerja tu. Kerja ni anda tak perlu jumpa customer sebenarnya. Anda ni hanya bekerja sebagai mystery shopper lah. Di dalam AQ Services selalu ada iklan mystery shopper tetapi nak dapat approve tu tak mudah. Tapi anda boleh cuba. Jangan putus asa. 

4. Forex

Kalau anda ni jenis yang terror finance, bab duit ni anda dikira memang hebatlah...anda boleh join ni. Anda boleh buat ni guna smartphone saja. Saya pernah cuba Plus500 dulu tapi saya main kejap jer sebab takde bakat..huhu..Jika anda sign up anda akan diberi percuma RM50. Anda mainlah dengan RM50 tu. Jika anda nak practis anda gunalah yang mock punya, khas untuk berlatih. Saya dulu habis saja free RM50 saya terus tak sambung buat dah. Saya tidak mahir dalam bidang ni..huhu..

5. Dropship

Nak jual barang dropship ni banyak saingannya. Sebab ada ramai orang jual barang yang sama. Walaupun begitu, jika marketing tu kena caranya, anda boleh berjaya. Anda boleh jual di Facebook, Instagram, Shopee dan mana-mana laman social. Jika anda nak buat auction dalam Lelong boleh juga. Kat Ebay boleh juga jika ada akaun paypal. Kalau ada duit lebih tu boleh jual dalam Shopify. Sebelum buat komitmen pembayaran bulanan dengan Shopify ada baik cuba dulu free trial yang 14 hari tu. Kalau rasa ok, lepas tu bolehlah anda decide nak nak bayar bulanan ke tak dengan Shopify. Selain tu kena rajin survey sendiri dlm tu, belajar apa yang patut. Google lah apa-apa info. Jangan lupa try Shopee sebab ia adalah percuma dan lebih mudah pada pendapat saya. Anda boleh jual produk fizikal, produk digital, dan juga servis.

6. Ebook

Andai anda ada ilmu yang anda sangat mahir dan dengan ilmu itu anda dapat hasilkan ebook. Anda boleh jual ebook tersebut di dalam laman web atau online marketplace.
Ini antara contoh perniagaan online. Ada banyak lagi sebenarnya.

7. T-shirt, button badge, poskad,sticker

Kalau anda ni jenis yang minat design bidang ni memang bagus untuk anda. Antara cara anda boleh dapat income adalah dengan menjual design baju di dalam website seperti Cafepress, Spreadshirt, Zazzle. Dalam website anda hanya perlu design baju, shipping dan printing akan dilakukan oleh syarikat tersebut. Nak tau lagi, anda masuk website tu. Kalau nak jadi dropshipper atau reseller boleh juga. Ada banyak supplier baju di Malaysia. Kalau ada modal dan minat serta kesungguhan, anda boleh beli mesin heat press atau peralatan silkscreen. Anda ada mesin dan peralatan, anda boleh print baju sendiri. Jika tak cukup modal beli mesin tu, anda boleh jadi agent dulu. Dah cukup modal, bolehlah beli apa saja yang anda inginkan. 

Saya bukan pakar bisnes, jauh sekali. Semua kerja ini tiada jaminan kaya tapi anda boleh kaya kalau kena caranya. Rezeki masing-masing. Tetapi nasihat saya, jika ada minat, percayalah pada minat tu dan kejarlah ia. Jika gagal, jangan putus asa. Anggap ia pengalaman berharga. Jangan takut untuk mencuba. 

Lihat Senarai Kerja Kilang Semenanjung

8. Tukang Urut

Jika anda ada kemahiran mengurut, anda seorang yang bertuah. Ini kerana dengan kepakaran ini anda boleh menjual servis anda secara online atau buah mulut sahaja. Anda boleh melakukan servis secara mobil ataupun dari rumah sahaja. Kalau ada orang yang nak mengajar anda mengurut tu, belajar sahaja ya. Kalau tak minat bisnes tidak apa, urut untuk suami isteri atau mak ayah pun okay juga.

9. Tukang Jahit

Ini lagi salah satu kemahiran yang sangat berguna. Kalau anda ada mesin jahit dekat rumah tu, cubalah ambil masa untuk belajar. Kalau anda rasa tidak pandai, anda boleh cari cikgu untuk mengajar anda. Lama-lama tu pandailah. Jika anda seorang suri rumah tangga dan mempunyai anak, mungkin dengan menjadi tukang jahit dari rumah dapat memberi anda lebih masa bersama keluarga. Tetapi anda perlu cekal dan bersemangat selalu kerana setiap permulaan itu tidak mudah. Jadi jangan putus asa ok.

10. Tukang Masak

Kalau anda pandai memasak, memang anda akan sentiasa diperlukan. Lebih-lebih lagi kalau masakan anda sedap. Orang akan selalu cari dapat. Jika anda tidak pandai memasak sekarang, tidak apa. terdapat banyak tempat anda boleh belajar memasak. Contohnya, Youtube. Di sini anda boleh belajar memasak dengan percuma. Tak cukup dengan Youtube, anda google sahaja apa sahaja resepi yang anda ingin pelajari. Mudah bukan? Kalau anda sudah yakin anda boleh promosikan masakan anda di facebook, whatsapp, mudah.my, majalan.com dan sebagainya. Sebenarnya terdapat banyak platform untuk anda mempromosikan masakan anda. Anda boleh buat banner dan bentangkan di depan rumah atau tepi jalan.

11. Tukang Gunting Rambut

Tukang gunting rambut memang selalu dicari lebih-lebih barber. Contohnya lelaki memang kerap potong rambut kan. Jika ada kawan yang pandai potong rambut tu, minta ajar dari dia. Ataupun belajar dari Youtube. Nak beli mesin rambut barber, ada banyak dalam Shopee. Pilih saja mana satu pilihan hati. Belilah yang murah tapi bagus untuk menguji sedalam mana minat anda. Ada banyak bajet tu boleh belajar di akademi gunting rambut. Mula-mula tu guntinglah rambut saudara mara dulu ataupun kawan.

12. Penjual Sayur

Anda ada tanah luas di kampung tu? Bercucuk tanamlah. Tak tahu di mana beli benih sayur? Ada banyak benih sayur dijual di kedai. Kalau malas ke pasar beli sahaja di Shopee. Segalanya ada di Shopee. Manalah tahu sayur anda menjadi, bolehlah anda jualkan kepada jiran tetangga. Boleh juga jual online di laman web dan whatsapp. Segalanya di hujung jari sekarang.

13. Penjual Ikan dan Ternakan

Jika anda seorang yang sangat rajin di tanah, anda boleh pelihara ikan atau ayam, atau apa-apa sahaja binatang ternakan yang boleh menjana pendapatan untuk anda. Bidang ini sesuai jika anda memiliki tanah sendiri.

No comments:

Post a comment