sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Thursday, 17 March 2016

Servis Kerja Cabut Bulu Kening, Wajah, Ketiak Dan Uban

Inilah iklan yang terpapar di papan notis di satu kawasan saya lalu kelmarin. Huhu..Mula-mula tu terkejut juga saya. Hmm...Tak pernah seumur hidup saya dengar atau baca iklan cabut bulu ketiak dan cabut uban rambut.


Iklannya berbunyi begini:

Saya ada menyediakan servis cabut bulu kening, bulu muka,(bulu ketiak pun boleh), cabut uban rambut (grey hair). Kalau rasa gatal-gatal kepala tu, datanglah jumpa saya...anytime saja saya boleh hilangkan kegatalan tu..Manicure, pedicure, urut-urut juga ada. Silakan hubungi 01.....”

Saya takde gambar iklan ni sebab saya tak bawa handphone. Tapi bunyi iklannya lebih kurang begitulah.

Mungkin di negara lain ada sediakan servis ni tapi di Malaysia inilah yang pertama kali saya tau. Kalau servis mencabut bulu kening dan bulu muka tu biasalah didengari kan.
Kalau setakat cabut bulu ketiak suami ke, adik beradik ke, tu biasalah. Cabut uban mak atau nenek tu biasa juga dibuat. Semua tu kita buat diam-diam, takde nak heboh-heboh. Kalau yang khidmat berbayar ni bunyinya macam luar biasa juga. Tapi saya rasa ia special..hehe..lain dari yang lain.

Tak semua orang sanggup buat kerja ni tau. Kalau terjumpa pelanggan yang mempunyai ketiak bau pekasam tu, boleh tahan tak anda? Kalau saya, boleh semput tau (mungkin pengsan terus). Sanggup tak anda buat demi sesuap nasi terutama ketika emergency?

Walaupun kerja cabut bulu ketiak seakan menjijikkan atau menggelikan tetapi ia tetap sejenis pekerjaan bukan? At least dapat juga duit dan ia lebih baik daripada duduk rumah makan tidur saja. Sekurang-kurangnya ia membantu menjana pendapatan harian. Betul tak?

Anda mungkin tak tahu ramai orang malas cabut bulu ketiak. Bulu kening pun ramai yang malas cabut apalagi bulu ketiak. Kebanyakan orang ambil jalan singkat dengan mencukur. Tapi kalau cukur memang buruk lah rupanya. Sebab tu bagi orang yang pentingkan kecantikan ketiak ni, diaorang tak cukur tapi cabut bulu ketiak.

Saya rasa mungkin ramai jugalah orang beruban datang jumpa dengan orang tu. Yelah, orang yang mempunyai uban ni suka bila uban dicabut. Rasa macam heaven jer bila uban tu dicabut. Rasa macam sedang bercuti jer..Huhu...

Bukan khidmat cabut bulu saja dia tawarkan, ada juga manicure, pedicure dan mengurut. Kreatif juga orang ni. Bab pedicure manicure ni saya lemah lah, setakat potong kuku, cat kuku, gosok-gosok tu saya ok lah..nak bagi kuku tu cantik molek saya tak pandai.
Saya respect lah orang yang buat servis. Bukan calang-calang orang yang berani buat servis ni. Saya harap dia dapat ramai customer.

Bagi saya nilah jenis orang yang patut dicontohi. Orang jenis begini dia sentiasa ada idea untuk mengembangkan diri. Dia tidak takut risiko dan tidak takut mencuba sesuatu yang bukan kebiasaan dibuat. Tapi saya harap servis mengurut tu yang betul-betul urutlah. Huhu..Jangan yang tuuuutttttttt tu saja..

Walaupun dia tau buat kerja sebegini banyak cabarannya dan untung tidaklah besar, tapi dia tetap buat. Sebab bagi dia walaupun angka duit tu kecil, ia amat bermakna buat dirinya dan ia dapat sekurang-kurangnya meringankan bebanan hidup.



Ada sesetengah orang ni, bila dia tengok untung sikit sangat dia terus taknak buat. Sebab apa? Mungkin sebab tamak. Mungkin sebab dia tak memandang jauh kebaikan benda tu.
Lain orang lain perangainya bukan. Apapun, biarlah setiap kerja yang kita lakukan itu kita buat dengan keikhlasan. Kalau rasa diri tak ikhlas ada baiknya tak buat.

No comments:

Post a Comment