sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Monday, 28 March 2016

Bengkel/Kelas Bina Aplikasi Permainan Phone

Aplikasi permainan phone memang mendapat sambutan yang hangat sekarang, seperti goreng pisang cheese. Menurut satu sumber, muat turun aplikasi dijangkakan mencapai 300 billion dan penjualan smartphone dijangka mencapai angka jualan 6.2 billion pada tahun 2020. Dari angka ini kita boleh bayangkan berapa besar peluang yang kita boleh cipta.





Kebanyakan orang sekarang tidak lagi bergantung kepada satu sumber gaji sahaja terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang tidak baik. Bagi mereka yang pandai coding dan programming sudah semestinya bidang membuat aplikasi satu peluang yang lumayan.

Yang tidak tahu coding, anda tidak perlu khuatir. Sebab anda juga boleh buat. Jika berminat sangat, anda boleh ikuti kursus/bengkel percuma membuat aplikasi  game smartphone. Sila lihat butiran di bawah ini.

AppsInfiniti Academy (TTDI)

3 April 2016 (Ahad): Jam 1pm-3pm
Untuk pertanyaan lanjut hubungi:
AppsInfiniti Academy (TTDI), 52A, Lorong Rahim Kajai, 14 TTDI, KL.

Di dalam kursus ini anda akan diterangkan:

·        Jenis game yang the latest di dalam perisian android dan ios
·        Bagaimana aplikasi phone dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan
·        Bagaimana untuk mempelajari membina aplikasi tanpa pengetahuan coding dan programming

Siapa yang boleh ikuti kursus ini?

·        Mereka yang mahu memulakan perniagaan sendiri samada secara sepenuh masa atau separah masa di dalam industri aplikasi
·        Mereka yang mahu membina aplikasi game sendiri

Fakta yang perlu anda ketahui:

·        Lebih 150 billion aplikasi telefon dimuat turun direkodkan
·        Pada tahun 2015 sahaja, lebih daripada 5 billion aplikasi dimuat turun
·        Boleh jual aplikasi di Google Play dan Apple’s App Store 24 jam tanpa henti
·        Terlalu ramai pengguna smartphone dan angkanya semakin meningkat. Pengguna smartphone ni seolah-olah lubuk emas anda.

Tidak dinafikan untuk membuat game yang dapat dipasarkan dan mendapat permintaan memang bukan tugas mudah. Semuanya memerlukan kemahiran dan kreativiti yang tinggi. Kalau game tu bagus tetapi tiada pemasaran yang bagus, ia takkan ke mana juga.
Kalau anda dapat cipta game simple seperti Piano Tile memang sudah sangat bagus. Saya tahu ramai yang suka main game ni. Adik saya dah addicted. Tak dapat diselamatkan dah. Hah..Tapi kalau dapat buat aplikasi seperti Clash of Clans tu lagi baguslah

Antara cabaran terbesar yang biasa dilalui pembangun game adalah:

Persaingan
Setiap hari ada saja game baru diperkenalkan. Jika anda perasan, kedudukan game seperti Candy Crush mendapat persaingan hebat daripada game baru seperti Piano Tile dan menyebabkannya agak tenggelam. Untuk mengekalkan kekuatan pasaran, pembangun game terpaksa sentiasa melakukan perubahan baru supaya sentiasa lebih kompetitif.

Pelaburan
Jika tiada modal memang payah untuk maju di dalam bidang ini. Modal bukan saja diperlukan ketika membangunkan aplikasi tetapi juga selepas siap buat aplikasi. Perbelanjaan pemasaran pastinya akan memerlukan jumlah modal yang besar. Tapi jika game yang anda bangunkan sangat bagus dan rare orang kata, tidak mustahil untuk dapat sponsor.

Pengguna
Bukan mudah untuk buat pengguna stick kepada game kita selamanya. Pengguna biasanya boleh jadi bosan kalau asyik main game yang sama. Lebih-lebih lagi kalau game tu statik jer tiada perubahan. Jadi untuk kekal bersaing, haruslah sentiasa memperbaharui aplikasi game. Sebab pembangun game semakin ramai, setiap hari ada saja game baru. Jadi kena lebih kreatif.

Nak buat aplikasi game ni banyak kerjanya. Tapi ia tidak mustahil boleh buat anda berjaya dan jadi kaya. Jika anda tidak dapat menghadiri kursus di atas, anda boleh belajar melalui laman web tertentu seperti appypie. Ada banyak lagi sebenarnya. Anda boleh cuba google. Anda boleh cuba-cuba belajar sendiri di rumah. Mungkin pada mulanya anda belajar buat aplikasi yang simple dulu. Lama-lama dah semakin mahir anda boleh upgrade skill tu.

No comments:

Post a Comment