sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Sunday, 13 March 2016

5 Agensi Pekerjaan Yang Berkualiti Dan Dipercayai Di Malaysia

Ada banyak laman web dan agensi pekerjaan yang menawarkan pelbagai jenis jawatan kosong. Antara laman web yang menawarkan kerja yang berkualiti tinggi adalah seperti Jobstreet. Ya memang tidak dinafikan kerja yang disenaraikan di dalam laman web Jobstreet adalah yang terbaik setakat ini berbanding laman web yang lain. Di sini saya bukan saja menerangkan mengenai laman web carian kerja tetapi juga agensi pekerjaan yang lain yang dipercayai dan juga menawarkan peluang pekerjaan yang berkualiti.


agensi pekerjaan yang dipercayai

1. Jobstreet Malaysia
Mungkin ramai yang tidak tahu Jobstreet Malaysia ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Chang Mun Kee @ Mark Chang. Mark Chang juga pengasas MOL Online Sdn Bhd. Sebelum menemui MOL Online dan Jobstreet beliau pernah bekerja di Kendall International selama 5 tahun. Pada mulanya beliau bertugas sebagai jurutera pada tahun 1990, kemudian dinaikkan pangkat sebagai pengurus pengeluaran pada 1992 dan akhirnya sebagai pengarah bagi pasaran Malaysia pada tahun 1994. 

Beliau meninggalkan Kendall pada tahun 1996 dan menubuhkan Jobstreet pada tahun 1997 yang kemudiannya berkembang ke negara lain.
Jika anda nak tahu kos beliau gunakan untuk memulakan Jobstreet adalah sebanyak RM17000 dan kini nilai pasaran Jobstreet telah mencapai lebih RM1 billion.

Ketika ini Jobstreet adalah laman web carian kerja online yang terbesar di Asia Tenggara dan nombor satu di Singapura, Malaysia, Thailand, Taiwan, Jepun, Indonesia dan Filipina.
Jika anda ingin mencari kerja yang berkualiti tinggi dan profesional, Jobstreet adalah tempat yang terbaik di Malaysia.

2. Mudah.my
Mudah.my merupakan antara online marketplace yang terbesar di Malaysia. Iklan yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah seperti Pengangkutan, Hartanah, Elektronik, Barangan Personal, Sukan dan hobi, Pelancongan dan juga Jawatan Kosong. Setiap hari ada iklan jawatan kosong dikeluarkan.

Anda akan menemui bermacam jenis iklan kerja. Namun tidak semua kerja yang diiklankan adalah berkualiti. Ada iklan kerja yang sah tetapi ada juga iklan kerja scam. Anda harus berhati-hati apabila memohon kerja melalui mudah. Sekiranya ada iklan yang too good to be true atau meminta anda membayar sejumlah wang sebelum memulakan kerja, anda harus berfikir panjang. Sebaik-baiknya anda google maklumat syarikat berkenaan sebelum memohon kerja.

Saya tidak pernahlah kena kerja scam tetapi saya tahu semua ni berdasarkan pemerhatian saya di dalam google. Walau terdesak macam mana pun nak dapatkan kerja anda harus semak dulu latar belakang syarikat dan kerja yang anda ingin mohon. Lebih-lebih lagi di saat ekonomi negara yang tidak baik, untuk dapatkan kerja dengan cara yang mudah memang seperti mustahil di Malaysia. Tapi memang ramai manusia terdesak yang akan cuba mengambil kesempatan di atas kenaifan anda. Jadi, berhati-hati lah apabila memohon kerja.
Walaupun banyak kerja scam di dalam mudah.my, banyak juga kerja berkualiti yang ditawarkan. Yang penting anda melalui saluran yang betul dan sah, anda pasti tidak akan sesat.

3. Asiaparttime
Iklan kerja di dalam asiaparttime adalah kerja part time dan freelance. Ada kerja data entry, design, model, promoter, usherer dan macam-macam lagi lah.
Namun, anda dinasihatkan untuk berhati-hati apabila memohon kerja di sini. Sebab tidak semua kerja yang diiklankan adalah sah, maksud saya yang benar-benar membayar. Silap hari bulan anda yang membayar.

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, semak kerja yang ditawarkan dan semak juga latar belakang syarikat dan pengiklan kerja. Jika tiada nama syarikat, google nama atau nombor telefon pengiklan. Google jer apa-apa yang anda tahu tentang pengiklan.

4. Jobstock
Jobstock ni merupakan laman web carian kerja yang sangat popular di Sarawak, Sabah dan Brunei. Setiap hari ada iklan baru dikeluarkan namun tidak sebanyak laman web carian kerja yang lain. Saya rasa kekurangan laman web ini adalah iklan kerja yang tidak banyak. Tak tahu lah mungkin kerja kosong tidak banyak atau banyak syarikat yang tidak tahu kewujudan laman web ini.

Ada banyak lagi laman web carian kerja di Malaysia. Antara yang lain adalah careerjet, maukerja.my, dan jobcentral. Jobdb Malaysia yang famous satu ketika dulu sudah ditutup pada tahun lepas kalau tak silap saya.

Antara kelemahan carian kerja online adalah kadang-kadang tu tempoh menunggu panggilan interview tu mungkin memakan masa yang lama. Contohnya Jobstreet, sesebuah iklan kerja pastinya menerima banyak permohonan. Mereka kena menapis permohonan dan memilih yang terbaik sahaja untuk ditemuduga. Persaingan boleh dikatakan sengit. Kita tidak tahu mungkin mereka terlepas pandang permohonan. Biasanya apabila permohonon tiada berita dalam dua minggu atau sebulan, kemungkinan besar anda telah gagal.



Jika anda nak dapatkan kerja dengan cepat anda boleh terus walk-in ke pejabat agensi pekerjaan ataupun telefon dan email konsultan. Antara agensi pekerjaan terbaik di Malaysia adalah seperti berikut:

5. Agensi Pekerjaan

Adecco
Kelly Services
ASK Resources
JAC Recruitment
Agensi Pekerjaan Orange
Manpower

Kesemua agensi ini bekerjasama dengan syarikat besar, sederhana dan juga syarikat kecil. Anda nak bekerja dalam bank, insurans, IT, telekomunikasi, semua agensi di atas ini boleh membantu anda. Jangan risau anda tidak akan dikenakan bayaran. Pihak majikan yang melantik anda bekerja nanti yang akan membayar agensi ini.

Anda dinasihatkan untuk sentiasa berhubung dengan konsultan dan nyatakan jenis kerja yang anda minati. Mungkin mereka boleh carikan kerja yang paling sesuai dengan anda. Tetapi jika sesebuah agensi itu tiada bidang kerja yang anda minati, anda boleh cuba agensi yang lain. 

Anda juga boleh melayari laman web mencari kerja seperti Ricebowl, Fastjob, Maukerja, Indeed, Monster. Semua laman web ini bagus sebagai tempat mencari kerja. Anda hanya perlu pilih dan apply mana yang sesuai dengan jiwa anda.

Selain itu anda boleh juga mencari kerja kosong melalui surat khabar seperti TheStar. Biasanya pada hari Sabtu terdapat banyak iklan kerja kosong. Akan tetapi sekali lagi saya ingin ingatkan anda agar berhati-hati dengan iklan kerja di dalam surat khabar.


Lihat Senarai Kerja Ikut Jam dan Part-time



Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila-sila lah kongsikan. Mudah-mudahan dapat membantu ramai orang yang memerlukan. Semoga berjaya di dalam job hunting!

No comments:

Post a Comment