sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Friday, 11 March 2016

Senarai Kerja Kilang Terbaik Dan Kelebihan Di Selangor, Semenanjung

Bagi lepasan sekolah, graduan atau sesiapa saja yang aktif mencari pekerjaan anda boleh mencuba nasib dengan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ataupun di tempat anda sendiri. Jika anda sedang menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik atau ingin melanjutkan pelajaran ada baiknya juga menghabiskan masa dengan bekerja sementara di kilang.


senarai vacancy kerja kilang



Walaupun kerja kilang ni tak glamour dan jangka masa bekerja yang panjang, sekurang-kurangnya anda ada duit poket sendiri dan boleh membantu perbelanjaan anda di kemudian hari. Kalau sambung belajar nanti at least ada juga duit tambahan nak beli itu ini kan. Namun bekerja sebagai operator pengeluaran bukan mudah, anda perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

Saya sendiri pernah bekerja di beberapa buah kilang ketika cuti sekolah. Dulu saya pernah bekerja di kilang koko, kilang bata, kilang papan, hmmm...macam-macam saya buat sebenarnya. Tapi semua tu saya buat ketika cuti sekolah lah. Saya dah mula bekerja pada usia 11 tahun kalau tak silap. Masa tu saya dah ada pendapatan sendiri.

Masa saya di Selangor saya pernah juga bekerja di kilang Sony Bangi ketika cuti. Tugas saya masa tu adalah memasang litar TV. Mencabar juga, banyak luka jari saya masa tu. Tapi kalau diletakkan di bahagian kerja yang lebih mudah takdelah luka-luka macam saya. Mungkin juga jari saya ni lembik. Huhu..Kalau nak kerja di kilang elektronik hati kena cekal. Paling penting kesihatan kena tip top. Sebab kerja ni memerlukan seseorang berdiri dalam jangka masa yang lama dan tenaga yang kuat.

Jom lihat senarai kerja kilang terkini di Selangor. Kebiasaannya kilang sentiasa mencari operator pengeluaran dan kilang-kilang yang saya senaraikan di sini memang sentiasa ada kekosongan.

Lihat Senarai Kerja Ikut Jam 

SENARAI VACANCY KERJA KILANG


1.Operator Pengeluaran Kilang Panasonic, Shah Alam
Uniform disediakan
Pengangkutan Percuma (disediakan dalam kawasan kilang & shah alam sahaja)
Tempat tinggal disediakan
Pinjaman harian dan bulanan
Potongan EPF & SOCSO

Kelayakan:
Boleh membaca dan menulis
Boleh bekerja ikut shift
Boleh bekerja lebih masa
Tiada alahan atau penyakit kronik

Berminat boleh hubungi:
Agensi Pekerjaan Manace Sdn Bhd
017-3257690 (Fadil) 014-9714581 (Amer)

2.Kilang di Jln Hamzah Alang, Meru Klang dan Jln Tandang Petaling Jaya
Kelayakan:
Lelaki: Bangsa Malaysia
Umur: 18-30 tahun
Pendidikan: SRP/SPM
Boleh bekerja dua shift
Mempunyai kenderaan sendiri
Boleh menulis dan membaca Bahasa Malaysia
Gaji basic: RM900-RM1200

Berminat sila hubungi:
RZS Corporation Sdn Bhd
03-33410108 (Tel – Puan Ros)
03-33410109 (Fax)
lisa.lee.recruit@gmail.com


3.Operator Pengeluaran,Green Windows Curtain Product Sdn Bhd, Taman Mas Puchong

Kelayakan:
Lelaki & Wanita
Warganegara Malaysia
Melayu sahaja
Umur 35 tahun ke bawah

Kelebihan:
Asrama disediakan
Gaji tinggi untuk yang ada pengalaman

Berminat boleh walk-in untuk temuduga:
46, Jln BP 7/8, Bdr Bukit Puchong, 47120 Puchong.
Masa: 9:30am – 11:00am dan 1:30pm – 4:00pm

Hubungi:
03-80663315/012-9288012 (Cik Iza)
Email: info@greenwindows.com.my


4.Operator Pengeluaran, Kilang membuat minyak pelincir, Seksyen 15 Shah Alam

Kelayakan:
Lelaki sahaja
Umur 18-40 tahun
Ada transport sendiri lebih baik
Gaji RM1400++ termasuk OT
Elaun OT, kedatangan, transport (jika kenderaan sendiri)

Hubungi:
Kak Sanie 012-3151980 / 016-6616654
Kak Linda 019-2408280 / 018-2455240
Email: tkh.mazliza@gmail.com (Agensi Pekerjaan TKH Management)


5.Operator Pengeluaran Perodua, Hulu Selangor

Kelayakan:
Lelaki umur 18-25 tahun
Berat badan 45-90kg

Kelebihan:
Jawatan permanent
Gaji pokok: RM1100 + OT
Makan pagi & tengahari percuma
Hostel & bas disediakan
Elaun Perumahan, kedatangan

Berminat sila hubungi:
Agensi Pekerjaan Orange
En.Firdaus 016-4443420


6.Operator Pengeluaran, Bandar Baru Bangi

Kelayakan:
Wanita berumur 19-41 tahun
Minimum PMR
Boleh bekerja shift
Boleh membaca dan menulis
Tiada masalah kesihatan kronik
Warganegara Malaysia

Kelebihan:
5 hari bekerja (Isnin-Jumaat)
Kerja senang dan mudah
Latihan disediakan
Tidak perlu pengalaman
Gaji lumayan RM1200++
Cuti tahunan
EPF dan SOCSO
Klinik panel
Bonus lumayan

Berminat sila hubungi:
En.Shah 014-9293730

Atau boleh walk-in ke:
Medo Human Resources Sdn Bhd
Blok 5-102, Asrama Sri Ayu, Jln 4/2A, Seksyen 4, Bdr Baru Bangi

Masa: 8:30am – 5:30pm (Isnin-Jumaat)


7.Operator Pengeluaran, Tip Corporation, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih

Kelayakan:
Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
Lelaki & wanita yang sihat
Boleh kerja shift (lelaki sahaja)
Gaji pokok RM900-RM1500 sebulan, OT, kenaikan gaji tahunan, bonus
EPF & SOCSO
Klinik Panel dll

Berminat sila hubungi:
Cik Molly (HR)
Tip Corporation Sdn Bhd
Lot 2288, Jln P4/8, Bdr Teknologi Kajang, Semenyih

Tel: 03-87237889
Fax: 03-87271889
Email: hr@tipcorp.com

Temuduga dari hari Isnin hingga Jumaat jam 11am-1pm/3pm-5pm


8.Operator Pengeluaran, Kilang Perubatan dan Elektronik, Bangi

Kelayakan:
Kerja kontrak 3 bulan hingga 5 bulan
Umur 18 -30 tahun
Keutamaan kepada lepasan SPM

Kelebihan:
Gaji RM1000++
Asrama, transport, EPF & SOCSO

Berminat sila hubungi:
Tel: 017-2131001 / 017-2130808 / 017-2131122
Email: metro_excel_resource@yahoo.com


9.Operator Pengeluaran, Petaling Jaya

Kelayakan:
Wanita berumur 18-35 tahun
Minimum PMR
Boleh kerja Shift

Kelebihan:
Asrama, transport disediakan
Gaji pokok RM900 Gaji kasar RM1500++tidak termasuk kerja OT pada hari cuti dan hari rehat.
Elaun shif
Subsidi makanan
Bonus rawatan perubatan
Perlindungan insurans
Aktivit sukan dan rekreasi

Berminat sila hubungi:
Kak Nor: 01125809093 atau 0126339932


10.Operator Pengeluaran, Western Digital, Petaling Jaya

Kelebihan:
Elaun shif
Kenaikan gaji tahunan
Skim pembelian saham syarikat
Perlindungan insurans dan rawatan perubatan di klinik panel
Tempat kerja beraircond
Transport dan asrama disediakan
Mesin ATM, Pos Mini dll
Hadiah perkahwinan, hari lahir, kelahiran bayi
Anugerah perkhidmatan dan banyak lagi

Saya tidak tahu jika ada kekosongan sekarang tetapi anda boleh cuba walk-in di:

Western Digital Sdn Bhd
P8, Lot 3, Jalan SS8/6, Sungai Way Free Industrial Zone, Petaling Jaya
Hari Isnin hingga Jumaat

Anda boleh call tanya jika ada kekosongan di talian utama : 03-78776777
Saya nasihatkan anda menelefon terlebih dahulu sebelum datang bagi mengelakkan sebarang kerumitan.

Jika anda ingin datang sini, seeloknya anda ada transport sendiri atau suruh seseorang hantar. Sebab kawasan perindustrian ni sangat luas walaupun dari luar nampak tak besar. Lagipun Western Digital mempunyai beberapa buah blok. Nak jalan kaki dari satu blok ke blok yang lain memang jauh.

11.Operator Pengeluaran Freescale Semiconductor, Petaling Jaya

Kelebihan bekerja lebih kurang seperti Western Digital. Terletak di kawasan yang sama.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi, 03-76692394

Temuduga terbuka:
Setiap Selasa, Khamis & Jumaat jam 9am-11am

Sebenarnya terdapat banyak kilang besar di dalam Pusat Perindustrian Sungai Way ini. Jika anda serius mencari kerja kilang dan ada transport sendiri anda boleh cuba nasib di mana-mana kilang di dalam kawasan ini. Saya nasihatkan supaya anda menggunakan transport sendiri atau berkongsi dengan kawan jika berhajat untuk job hunting di area ni. Bila dah dapat kerja takde transport pun takpe, sebab kilang biasanya ada sediakan asrama dan transport.

12.Operator pengeluaran, kilang Sony EMCS Malaysia, Bangi

Jika berminat ingin tahu kekosongan di sini sila hubungi: 03-89258889 dan minta sambungkan kepada Bahagian Sumber Manusia.

Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd, Lot 5, Kawasan Perindustrian Bangi, Bdr Baru Bangi, Selangor.

Ada banyak kilang di sekitar Kawasan Perindustrian Bangi ni. Antaranya adalah:

13.Hitachi Air Conditioning

Alamat:
Lot 10, Kawasan Perindustrian Bangi, Bdr Baru Bangi, Selangor

Tel: 03-89259230

14.Denso (Malaysia) Sdn Bhd

Lot 2, Jln P/1, Seksyen 13, Bdr Baru Bangi, Selangor

Tel: 03-87328888
Jika vacancy sudah tiada anda boleh cuba google kerja lain.

Jangan lupa share kepada kawan-kawan artikel ini. Semoga anda berjaya di dalam job hunting!

No comments:

Post a Comment