sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Sunday, 14 February 2016

Tips Dan Tempat Menderma Sperma Di KL

Terdapat beberapa cara yang cepat untuk menjana pendapatan secara sah. Jika anda seorang lelaki atau wanita yang terdesak perlukan duit teruskan membaca artikel ini. Seperti tajuk artikel ini, sememangnya anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan menjual sperm atau air mani. Anda tak perlu bekerja untuk jangka masa yang panjang untuk dapat duit.

Sebenarnya penjualan sperma sudah lama wujud. Di dalam artikel ini saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai menjual atau menderma sperma.

cara buat duit tanpa keluar modal



CARA BUAT DUIT TANPA MODAL



Apakah maksud pendermaan sperma?
Ia bermaksud anda menderma/menjual air mani kepada sperm bank yang mana sperma itu nanti akan didermakan kepada wanita bagi tujuan pensenyawaan tabung uji. Sebagai balasan, anda dibayar di atas sperma yang didermakan tadi. 

Anda boleh cuba google di mana pusat rawatan kesuburan yang menyediakan servis ini di Malaysia. Kalau nak anda boleh buat iklan di dalam laman web yang berkaitan. Iklankan diri anda di situ dan tunggu jika ada yang berminat dengan sperma anda. Kesan sampingan adalah tiada.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ingat sekiranya bertekad untuk menderma sperma. Anda tidak ada hak penjagaan ke atas anak yang bakal dilahirkan nanti hanya kerana ia hasil daripada sperma anda. 

Jangan risau identiti anda juga dirahsiakan. Si pembeli sperma tidak akan tahu identiti sebenar penderma.

Sebelum anda menderma sperma, anda perlu pertimbangkan beberapa hal. Pertama sekali, adakah anda perlu berterus-terang tentang niat anda kepada keluarga, kawan-kawan dan saudara mara?

Ini kerana, kebanyakan orang mempunyai pandangan negatif mengenai pendermaan sperma. Saya yakin kebanyakan keluarga tidak setuju dan kebiasaannya penderma sperma merahsiakan apa yang mereka buat.

Menderma sperma boleh dilakukan secara sambilan jika nak dapatkan duit cepat tetapi ia tidak boleh dilakukan secara sepenuh masa.

Tidak semua lelaki layak untuk menderma kerana seseorang itu perlu memiliki jumlah kiraan sperma yang tinggi untuk layak.

Sperm bank atau pusat rawatan biasanya akan bertanya beberapa soalan kepada anda seperti umur di antara 21-40 tahun, ketinggian, berat, warna kulit, etnik, dan lain-lain. Anda juga perlu memiliki IQ yang tinggi dan kesihatan yang baik. 

Jika anda rasa anda layak, anda boleh cuba google pusat rawatan kesuburan di Malaysia. Tentang bayaran saya tidak pasti berapa ringgit di Malaysia. Mungkin sekali buat tu dalam ratusan kot. Untuk wanita yang nak jual ovum/telur tu bayarannya mahal dalam ribuan ringgit. 

Siapa yang perlukan sperma derma?
1.Pasangan normal yang menghadapi masalah kesuburan.
2.Wanita yang tidak mahu berkahwin tetapi ingin menjadi seorang ibu.
3.Pasangan lesbian/gay

Untuk pengetahuan anda, Di Malaysia hanya pasangan normal dan sudah berkahwin sahaja dibenarkan untuk mendapatkan rawatan IUI, IVF ataupun surrogate. Pasangan sejenis ataupun wanita sahaja tidak dibenarkan sama sekali. 

Namun jika anda amat memerlukan servis ini anda jangan khuatir, ada lagi tempat anda boleh pergi seperti India dan England. Sekarang Thailand telah mengenakan undang-undang ketat dan mana-mana pasangan yang tidak berkahwin tidak lagi dibenarkan melakukan IVF, IUI ataupun menggunakan servis surrogate mother. 

Sesetengah orang memandang serong perkara ini, lebih-lebih lagi mereka yang kuat pegangan agama. Namun bagi saya, ini terpulang kepada diri sendiri dan saya berpandangan terbuka dalam hal ini. 

Pilihan hidup di tangan sendiri. Jangan mengadili orang lain. Kita sebagai manusia biasa tiada hak mengadili sesama sendiri, biarlah Yang Atas tu adili. PeaceYo!!

3 comments:

  1. Saye ingin menjual sperma jika berminat hubungi saye ditalian 01160544126

    ReplyDelete
  2. Saye ingin menjual sperma jika berminat hubungi saye ditalian 01160544126

    ReplyDelete
  3. saya ingin menjual call saya 01111422989

    ReplyDelete