sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Tuesday, 9 February 2016

Tips Kurus Cepat Dengan Arang Aktif

Manusia telah menggunakan arang aktif sejak zaman dahulu lagi. Pada perang dunia pertama, ia digunakan di dalam gas mask untuk menghalang askar daripada terdedah kepada racun kimia. Jangan terkejut ia telah digunakan untuk merawat air sejak tahun 1930 lagi. Arang aktif terkenal dengan kegunaannya sebagai antidot kerana ia mengeluarkan toksin, bahan kimia dan racun dalam badan.


kegunaan activated charcoal
Arang aktif ini tidak seperti arang yang anda biasa guna untuk barbeque tu yerr..yang untuk barbeque tu tak boleh di makan tau. Bahaya tu. Arang aktif ni biasanya boleh diperolehi di farmasi atau hospital dalam bentuk kapsul. 

Kalau anda pergi Watson tu pasti ada. Packaging dia macam ubat panadol tu. Ia bukan saja di dalam bentuk kapsul, terdapat juga dalam bentuk serbuk yang mana kena beli dalam jumlah bulklah. Sebenarnya ada syarikat di Malaysia yang jual dalam bulk, beli yang food gred/farmasi gred yer. 


1.Putihkan gigi

Saya pernah cuba ni beberapa kali. Memang sangat berkesan untuk putihkan gigi. Lepas gosok kat gigi tu anda akan rasa bersih dan gigi nampak lebih berseri. Cuma yang tak bestnya hitamlah. Tapi lepas cuci takdelah hitam lagi. Jangan risau. Bukan saja memutihkan gigi, ia boleh menyeimbangkan PH di dalam mulut, menghalang kaviti, mengurangkan bau mulut dan bagus untuk gusi. 

Cubalah kalau anda tak percaya. Saya dah cuba. Kalau pakai tu kena hati-hati, takut nanti mengotorkan pakaian. Eh lupa pula nak bagitau, gosok dengan berus gigi yer. Letakkan ubat gigi dulu, pastu letak arang aktif, letak air sikit dan gosok gigi. Lepas gosok anda cuci gigi tu. Jika ada yang melekat kat celah gigi, cungkilkan atau kumur lagi.

2.Hilangkan angin dan kembung perut

Berkesan untuk mengurangkan angin perut terutamanya selepas memakan kekacang yang biasanya berangin. Ambil arang aktif sesekali saja, bukannya setiaphari. Ingat saja, setiap apa yang berlebihan itu memudaratkan.

3.Merawat keracunan makanan dan hilangkan rasa mabuk

4.Pembersihan kulat

Ramai orang tidak sedar kulat hidup di tubuh manusia. Kulat bertoksik boleh menyebabkan kemurungan, kegagalan buah pinggang dan hati, pengurangan fungsi otak, masalah jantung, rengsangan mata, sakit kepala, muntah, fungsi imunisasi rosak dan masalah pernafasan.
Rumah yang pernah ditimpa banjir atau dinding rumah yang bocor boleh menjadi tempat kulat hidup. Bukan itu saja, pengudaraan yang tidak baik, tandas, dan tempat mandi mudah didiami kulat.
Jika anda dapati rumah ada kulat anda dinasihatkan untuk menggunakan sarung muka dan tangan ketika pembersihan. Baking soda dan borax boleh digunakan untuk membuang kulat.

5.Merawat air

Mungkin anda tidak perasan water filter yang ada di rumah tu mengandungi arang aktif. Sebenarnya arang aktif ini bertindak menyekat kekotoran, racun dan bahan kimia daripada diminum. Sebab itulah perlunya ada water filter di rumah.

6.Merawat gigitan serangga dan binatang berbisa

7.Kecantikan kulit dan badan

Arang aktif sangat bagus untuk mengeluarkan bau badan dan merawat jerawat. Bukan itu saja ia sangat berksesan untuk mengeluarkan kekotoran pada muka seperti sebum. Ada sesiapa yang pernah pakai Daiso Charcoal Mask? Hanya dengan RM5.30 saja sebum di muka anda berjaya dikeluarkan. 

Saya pernah pakai sebab tu saya berani cakap begini. Tapi kena kerap pakailah, mungkin 2 kali seminggu. Tak pakai Daiso pun takpe, pakai arang aktif yang biasa pun boleh. Campurkan arang aktif dengan madu, susu atau yogurt, pastu tepek kat muka.

8.Membantu pencernaan

Arang aktif membantu menggalakkan pencernaan dengan bertindak membuang toksin yang terhasil daripada makanan dan minuman.

9.Anti-aging, body detox

10.Mengurangkan kolesterol

Akhir sekali, jika nak makan atau minum arang aktif anda boleh makan sekali-sekala jer, tak boleh hari-hari. Kena minum banyak air. Kalau ada makan ubat lain tu, baik jangan makan. Nak tau lebih lanjut macam mana nak makan arang aktif yang betul, saya syorkan anda minta nasihat doktor. Ini kerana setiap badan manusia bertindak berlainan. 

Cara hilangkan bintik hitam dan whitehead

Untuk kes emergency, seperti kena gigitan serangga atau binatang berbisa anda boleh sapu arang aktif dan balutkan bagi membantu buang racun. Ingat tu, jangan salah guna jika anda nak makan arang aktif. Tolong ingat, setiap yang berlebihan tu memudaratkan. Sekiranya ada informasi yang salah, silalah perbetulkan yer.  

No comments:

Post a Comment