sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Tuesday, 16 February 2016

Tips Berjaya Bisnes Aiskrim Fotografi Borong Alibaba

Banyak bisnes boleh dilakukan di rumah dan tak perlu modal yang banyak. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah bisnes yang paling sesuai. Di sini saya akan berkongsi dengan anda beberapa idea bisnes modal rendah yang boleh dilakukan dari rumah dan pasti boleh berjaya.


rahsia perniagaan berjaya

CONTOH IDEA BISNES MODAL RENDAH


Babysitting atau Menjaga Kanak-Kanak
Sekiranya anda ada ruang yang luas di rumah anda boleh tukarkan ruang itu menjadi bisnes babysitting. Mungkin anda boleh tawarkan khidmat menjaga anak-anak jiran atau saudara mara ketika hujung minggu selama beberapa jam ataupun ketika emergency. Apa yang perlu anda sediakan hanyalah beberapa buah alat permainan yang selamat, jadual aktiviti, kesabaran dan ada sikap menyayangi kanak-kanak. Menjaga anak orang bukan mudah, keikhlasan dan rasa tanggungjawab amat penting.

Bisnes Dropship
Bisnes ni sangat sesuai untuk suri rumah, pelajar, pesara dan mereka yang bekerja tetapi ingin meluaskan sumber pendapatan. Anda tak perlu keluarkan modal, tak perlu fikir tentang risiko, tak perlu fikir tentang pengeposan, tak perlu simpan stok. Semua tu anda tak perlu buat. Apa yang anda perlu buat hanyalah mempromosikan produk di Facebook, Instagram, blog, ataupun dalam marketplace seperti Mudah dan Lelong. Ini antara contoh laman web yang menawarkan program dropship.

1.Fashion, handbag, kasut: handbagwholesale.com, fashion-wholesale.com, summerglitz,  happy2u
2.Perfume: Syaheraperfume
3.Barangan digital: digitalzone2u

Ini contoh-contoh saja. Ada banyak lagi laman web yang menawarkan program dropship ni. Kena rajin mencari jer. Kalau anda berminat dengan produk di dalam laman web Lelong, anda boleh bertanya dengan seller adakah mereka terima dropship. Anda kena rajin bertanyalah sebab tidak semua seller ada menerangkan mereka terima dropship.

Bisnes Topup
Bisnes ni memang sangat menguntungkan jika pandai. Semua orang sedia maklum jumlah pengguna smartphone semakin meningkat. Jika pengguna smartphone semakin meningkat, secara automatiknya jumlah pembeli topup kredit juga meningkat. Saya yakin ramai yang expert dalam bidang ni. Jika anda nak jual kad topup atau jual melalui phone saja pun boleh. Anda nak join program seperti XOX dan Tune Talk pun boleh. Kalau banyak modal, boleh jadi dealer atau subdealer. Jika tiada modal, boleh jer join XOX, program User get User yang hanya RM10. Walaupun User Get User ni tak banyak komisennya, tapi sekurang-kurangnya ada duit masuk setiap kali orang top up. Nak tahu lebih lanjut anda boleh google.

Bisnes Aiskrim
Bunyinya macam best kan? Tapi tak semua orang tahu bagaimana nak mulakan bisnes ni. Apa resepi nya? Berapa modal mula? Di mana nak beli peralatan. Bagaimana nak jana keuntungan? Saya bukan bercerita bisnes aiskrim Bangla tu. Jika anda nak tahu maklumat terperinci untuk berjaya di dalam bisnes aiskrim, 

KLIK SINI. Segala maklumat dan panduan yang anda inginkan anda di situ. Jangan bertanya banyak pada diri lagi. Segala persoalan, kerisauan anda terjawab.

Sewakan bilik kosong
Jika ada bilik kosong dalam rumah bolehlah sewakan kepada pelancong atau kepada student.

Blogging
Jika anda ada minat menulis, anda boleh mencipta blog. Tulislah apasaja yang anda suka contohnya resepi, sukan dan kraftangan. Mula-mula sebagai hobi, mungkin lama-lama hobi boleh bertukar jadi bisnes. Macam blog saya ni, saya guna blogger sebab free. Kalau nak servis yang lebih baik anda gunalah self-hosted yang berbayar. Nak buat laman web Wordpress boleh KLIK SINI

Jual Beli Produk
Jika anda ada modal, bolehlah beli barang secara bulk dari Alibaba. Takpun dari Taobao ataupun Aliexpress. Contohnya kalau beli dari Alibaba, harga seunit barang jauh lebih murah jika beli secara bulk dan anda boleh jual balik pada harga yang tinggi. Anda boleh cuba jual di Ebay, Amazon. Jika malas nak jual di Ebay dan Amazon, jual di Lelong.com.my ataupun di Page Facebook. 
 
Nak tahu rahsia berjaya dalam bisnes Taobao? KLIK SINI untuk keterangan lanjut.

Baking
Kalau anda seorang yang kreatif, ada kemahiran buat kek, promosikan khidmat anda kepada rakan-rakan, saudara mara, jiran secara buah mulut ataupun melalui social media seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Anda hanya perlu ada peralatan dan bahan-bahan untuk membuat kek. Jika anda pandai decorate cake untuk event istimewa itu lagi bagus sebab mudah untuk menarik minat orang beli.


Housecleaning
Kalau anda seorang yang rajin bersihkan rumah dan tak takut kotor, anda boleh jualkan khidmat mencuci rumah, ofis ataupun premis perniagaan di kawasan sekitar anda. Anda boleh caj secara jam dan boleh dilakukan ketika masa lapang seperti di hujung minggu.

Handyman
Jika anda seorang lelaki atau wanita yang memiliki kemahiran membaiki paip, servis water filter, wiring, mengecat rumah, membaiki rumah anda boleh jual khidmat kepada jiran-jiran. Anda tawarkanlah harga yang lebih murah berbanding harga yang ditawarkan orang lain tetapi biarlah berpatutan dengan kerja.

Kraftangan
Jika anda ada kemahiran mengait, membuat perhiasan, menganyam, mengukir, ia boleh bertukar menjadi bisnes sekiranya anda mempunyai minat yang tinggi dan ingin berkembang. Setiap orang memiliki hasil seni yang berbeza. Jadi jangan risau, jika anda memiliki kerja tangan yang sangat bagus, pasti ramai yang tertarik. Anda boleh juga jual hasil tangan anda di Etsy Malaysia ataupun social media, terpulang dengan anda.

Memberi kelas muzik
Pasti ramai anda di luar sana yang pandai bermain gitar, piano, dram dan sebagainya. Kalau rasa diri tu berbakat apa salahnya memberi kelas muzik. Tukarkan bakat kepada income sekarang. Namun, untuk mengajar orang bukan mudah, kesabaran amat penting.

Tutor
Jika anda ada ilmu pengetahuan yang tinggi di dalam subjek tertentu anda boleh mulakan dengan memberi kelas tuisyen kepada anak jiran. Jika sudah yakin dengan kemampuan diri anda bolehlah kembangkannya. 

T-shirt Printing
Tidak perlu beli mesin printing untuk lakukan bisnes ni. Tapi jika ada modal adalah lebih baik beli mesin lah. Tapi jika tiada modal, anda boleh offer khidmat design baju kepada orang kemudian hantarkan design kepada kedai printing baju. Jika kedai printing baju jual kepada anda RM10 sehelai baju, anda jual lah kepada orang pada harga mungkin RM30?


Design flyer/brochure/business card/banner
Kalau pandai guna photoshop ataupun perisian design memang banyak untungnya. Sebab dengan photoshop anda boleh design macam-macam. Anda boleh design dari rumah saja, tak perlu pening fikir nak ke ofis ke apa.

Fotografi
Bukankah bagus jika dapat melakukan perkara yang kita suka, pada bila-bila masa yang kita suka dan di tempat yang kita rasa selesa. Jika anda mempunyai minat di dalam bidang fotografi anda boleh saja buat dari rumah. Antara cara untuk jana pendapatan adalah dengan menawarkan diri melakukan servis foto perkahwinan. Mungkinkah ada kawan-kawan atau saudara mara yang bercadang untuk berkahwin? Anda boleh mula berjinak-jinak dari situ. Selain itu anda boleh juga kirimkan karya fotografi di laman web. Manalah tau ada orang yang berminat dan beli.

Jika nak tahu rahsia berjaya di dalam bisnes fotografi dari A ke Z, KLIK SINI

Jual burger
Kepada sesiapa tu yang nak jana income tambahan, anda boleh cuba buat bisnes burger. Anda boleh bina tapak burger di depan rumah sendiri, better kalau dekat jalan lah. Supaya mudah dilihat orang. Ataupun di gerai makanan. Bisnes burger ni better buat malam selepas anda habis kerja siang.
Mungkin ramai yang dah tahu cara nak mulakan bisnes ni.

Bagi yang nak jana income 5 ANGKA dalam Bisnes Burger, anda boleh KLIK SINI

Ada banyak lagi bisnes yang anda boleh buat dari rumah sebenarnya. Seperti membaiki komputer, DJ, catering, menjahit pakaian dan lain-lain. Semoga anda berjaya dan dimurahkan rezeki selalu! Jika suka artikel ni, sudilah like dan share dengan kawan-kawan. 


No comments:

Post a Comment