sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Tuesday, 2 February 2016

Resepi Pancake Sagu Borneo

Kalau di Sarawak makanan berasaskan sagu memang sangat popular. Pokok sagu ni dari daun hingga batangnya mempunyai kegunaan tertentu. Dari pokok sagu ni kita boleh hasilkan makanan seperti tepung sagu, pancake sagu, bebola sagu, tebaloi, kuih/biskut sagu, gam industri, dan kosmetik. Batangnya boleh dibuat dinding dan lantai rumah. 

Ulat sagu juga dimakan dan ia adalah kegemaran orang Sarawak. Ulat ini mempunyai hasil protin yang tinggi serta minyaknya dikatakan bagus untuk melebatkan rambut. Tetapi ia tidak boleh dimakan berlebihan kerana kandungan kolesterol yang tinggi. Ulat sagu boleh dimakan mentah, dibuat satay, goreng dan sup. Jika dulu semua orang dibenarkan memakan ulat sagu tetapi sejak ia ‘diisytiharkan’ haram Muslim tidak lagi dibenarkan memakan ulat ini. Jangan terkejut sekilo ulat sagu boleh mencecah RM60! Bagi orang luar ia memakan ulat sagu memang sesuatu yang menggelikan dan menjijikkan. 

Tetapi bagi orang Sarawak sagu adalah makanan ruji dan tidak dapat dipisahkan daripada hidup mereka. Lagipun sagu merupakan punca pendapatan utama bagi sesetengah penduduk terutamanya di kawasan Mukah.

Ketika saya kecil keluarga kami kerap makan linut atau ambuyat. Linut ni biasanya dimakan bersama sambal belacan dan ulam. Orang Bidayuh kebiasaannya makan linut dengan sup beserta sambal belacan. Orang Melanau pula biasanya makan linut dengan sambal belacan beserta ulam. Saya suka kedua-duanya tetapi saya lebih suka makan bersama ulam. Saya boleh ketagih makan linut ni. Tapi bukan hari-hari lah, boleh jadi bosan juga dibuatnya. Time mengidam linut ni tak menentu. Tapi bila dah mengidam tu memang makan banyak. Tapi kena ada sambal dan ulam, kalau makan linut saja memang tak sedap langsung, tak dapat masuk perut kot.

Cara buat linut ni agak tricky. Ramai yang tidak tahu buat sebenarnya walaupun dah lama makan linut. Cara buat linut mudah saja. Yang penting air yang digunakan benar-benar panas dan kena cepat bila menggaul. Bagi orang Melanau, Bidayuh dan Iban, jika ada niat nak makan linut jangan disebut perkataan linut tu. Takut nanti dapat eksiden atau malapetaka. Itu antara pantang larang kalau nak makan linut lah. Tapi saya ni tak ikut. Kalau nak makan saya sebut saja. Selalu jugalah saya kena marah dengan seseorang tu sebab sukati jer sebut linut.

Selain linut, masa kecil mak suka buat pancake sagu. Pancake sagu ni tidaklah seperti pancake yang korang biasa makan tu. Tapi adalah rupa pancake tu. Bahan untuk buat ni simple jer sebenarnya tapi rasanya sedap. Nak buat pancake sagu ni bahan utama iaitu sagu mentah wajib ada. Tepung sagu yang biasa tu tak boleh digunakan untuk buat pancake ni tau. Kalau takde, memang tak dapatlah buat yer. Versi mak saya ni simple saja, ada orang dia letak udang, ikan, terpulanglah dengan selera dan kreativiti masing-masing.


pancake












 Bahan-bahan:
1.Sagu mentah
2.Nasi (boleh guna nasi semalam yang tak basi)
3.Gula
4.Garam

Langkah-langkah: 













Taburkan nasi ke dalam mangkuk dengan menggunakan tangan. Saya guna tangan sebab mudah nak gaulkan nanti.













Masukkan sagu mentah. 

 











Masukkan gula dan garam ikut selera sendiri.













Gaulkan semua dengan menggunakan jari supaya sekata.













Seterusnya panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tuang minyak sikit saja. Kita bukan nak menggoreng di sini. 

 











Tuangkan campuran tadi ke dalam kuali dan tebarkan dengan nipis seperti penkek.













Tutupkan dengan penutup. Tak kisahlah nak tutup dengan apa. Yang penting penutup tu bukan diperbuat daripada plastik atau kertas. Balikkan supaya kedua-dua belah penkek tu masak. Selalu tengok-tengokkan lah. Takut hangus. Kejap jer buat ni. 

Masak.

Penkek ni sesuai dimakan ketika masih panas dengan kopi atau teh. Kalau dah sejuk ia tak berapa enak dimakan dah. Kalau anda makan ni perut anda akan tahan lapar lama. Sangat disyorkan sebagai breakfast.

No comments:

Post a Comment