sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Sunday, 7 February 2016

Online Survey dan Kerja Sampingan Untuk Yang Tiada Kemahiran Profesional

Zaman sekarang anda boleh melakukan kerja di mana-mana saja tanpa perlu ke pejabat. Ada orang menjadikan pekerjaan bebas atau freelancing sebagai punca pendapatan utama dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki kepakaran di dalam bidang tertentu, hanya bekerja sebagai freelancer sudah cukup memberi pendapatan lumayan. Namun anda harus berhati-hati, jangan terjebak dengan scam di internet. Semua kerjaonline yang saya kongsikan di dalam blog ini adalah yang sah dan benar-benar membayar. Jadi jangan risau. 

kerja online survey di malaysia
1. Freelancer 
Ini adalah laman web terkenal untuk pekerja bebas atau freelancer. Biasanya freelancer ini memiliki kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu seperti di dalam rekaan grafik, penulis, penterjemah dan pakar teknologi. Untuk menyertai Freelancer tidak mudah seperti anda mendaftar Fiverr. Ini kerana anda perlu melalui ujian tertentu. Bayarannya sangat lumayan. Namun sekiranya anda rasa leceh anda boleh guna Fiverr saja. Alternatif kepada Freelancer adalah Guru, Elance dan Upwork.

2. Fiverr
Fiverr lebih kurang seperti Freelancer, adalah laman web kerja mikro untuk sesiapa sahaja yang ingin menjual servis seperti design logo, data entry, mencipta video, penterjermahan, dan macam-macam lagi lah dengan bayaran minimum sebanyak $5 (Dollar ye, bukan RM).

Jika anda tidak ada kemahiran profesional, anda tidak perlu risau. Anda boleh cipta apasaja idea untuk dijual di laman web ini. Jika anda pernah browse Gigs di dalam Fiverr saya yakin anda akan mendapat ilham di situ. Tapi anda harus tahu basic English untuk mulakan semua ini.

Antara Gigs yang boleh anda lihat dalam section ‘Fun and Bizarre’:

1.I will prank call anyone
2.I will write message in beach sand on sunset
3.I will write your name on any part of my body

Cara Daftar boleh dikatakan mudah.

Langkah 1: Klik JOIN
Langkah 2: Pergi ke Username, letak cursor situ, akan keluar Start Selling
Langkah 3: Klik Create A Gig
Langkah 4: Isikan Gig Title, Category, Gig Gallery, Descriptions dan Tags. Save dan Continue

Tips untuk promosikan Gigs:

1.Akaun Palsu
Cipta satu akaun palsu dan beli gig anda sendiri sebanyak 2 kali atau 3 kali. Lepas tu beri review positif dekat gig tu.
2.Pengunjung Palsu
Hantarkan sekurang-kurangnya 200 hit/pengunjung ke Gig anda. Ini akan menambahkan tanggapan baik pada gig dan memberi lebih kepercayaan kepada pembeli gig.
Jika tak tau mana nak dapat pengunjung palsu, anda boleh belikan saja dari Fiverr tapi jangan guna cara ni secara berlebihan pula.
3.Tag yang tepat
Pastikan keyword yang anda guna dalam tag adalah tepat. Contohnya, I will create a business logo. Keyword yang tepat adalah ‘ business logo’.
Alternatif kepada Fiverr adalah Seoclerks, Taskarmy, Gigbucks, Fiverup, dan TenBux.

Jika anda nak tahu tips-tips jana income dengan Fiverr secara A to Z KLIK SINI

SENARAI KERJA ONLINE SURVEY MALAYSIA


3. Online Survey

1. PanelPlace
PanelPlace merupakan laman web survey yang famous di Malaysia. Ia bukan saja mudah digunakan tetapi sangat dipercayai. Apa yang lebih menarik, PanelPlace menggabungkan kesemua survey dari panel tertentu di Malaysia. Fungsi ini memudahkan pemohon untuk apply survey tanpa perlu mencari di tempat lain. Pemohon akan menerima Email apabila ada survey. Jadi rajin-rajinlah tengok email tu. Tidak semua survey anda akan dapat apply. Ia juga bergantung kepada maklumat peribadi yang anda beri. Apapun jika anda tidak layak untuk satu survey, cuba lagi sehingga berjaya.
Bayaran adalah melalui cek dan akan diposkan ke alamat yang anda daftarkan.

2. Mobrog
Kadar bayaran untuk satu survey adalah dalam RM2-RM10.
Survey adalah berkaitan dengan sains dan penyelidikan pasaran. Ini kerana banyak penyelidik dan syarikat yang berminat untuk tahu pendapat anda supaya mereka dapatkan gunakan di dalam pembangunan produk dan perkhidmatan nanti.
Selepas daftar, anda akan dijemput untuk mengambil bahagian di dalam survey melalui Email. Jadi pastikan anda beri email yang selalu anda check supaya tidak ketinggalan survey.
Bayaran adalah melalui Paypal.

3. ValuedOpinions
Bayaran adalah di dalam RM4 sehingga RM10 untuk satu survey dan mampu mencapai RM100 bagi survey yang lebih lanjut.

4. GlobalTestPlace
Survey yang ditawarkan biasanya berkaitan movie, restoran, automobil, produk pengguna, event terkini dan pelbagai lagi topik menarik.

5. Gloviss


Kerja Memasukkan Captcha dan Perkongsian Link URL

Sekarang anda dah tahu beberapacara kerja online dari rumah. Semoga berjaya! Jika anda nak tahu lebih banyak kerja online, ikuti blog saya. Sudi-sudilah like dan share page dan artikel.

2 comments:

  1. Menarik artikel SS ni...tq...lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lokman amirul yg rajin menyinggah

      Delete