sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Monday, 8 February 2016

Kerja Memasukkan Captcha dan Kongsi Link

Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan secara online. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada juga yang tidak sedar kewujudan kerja dari rumah ini. Kerja online ini boleh dilakukan pada masa lapang sekiranya anda ada kerja lain. 

Mungkin boleh dilakukan pada waktu malam selepas pulang dari kerja ataupun pada hujung minggu. Sekiranya anda suri rumah tangga sepenuh masa, pelajar ataupun pesara anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk tugasan dan berpeluang jana lebih pendapatan. Di sini saya terangkan
kerja memasukkan data captcha dan perkongsian link url yang bukan scam dan boleh dilakukan di rumah.

kerja online

1.Memasukkan captcha
Kerja memasukkan CAPTCHA merupakan kerja yang sangat mudah dan boleh dilakukan secara online. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu CAPTCHA, ia adalah ujian kod pengesahan yang hanya boleh dibaca oleh manusia sahaja. CAPTCHA boleh dilakukan menggunakan komputer mahupun smartphone. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tiada dateline. Sangat sesuai untuk surirumah dan mereka yang suka buat kerja dari rumah.

Seseorang itu mampu menjana sekitar RM400 sebulan sekiranya meluangkan masa 3-4 jam sehari dan mempunyai kepantasan menaip yang baik. Berapa banyak anda jana bergantung kepada kepantasan dan berapa jumlah masa yang anda luangkan. Selain itu talian internet mestilah laju. Jika slow memang susah lah.

Di sini saya memilih untuk menerangkan tentang 2CAPTCHA kerana loading speed yang tinggi dan sangat simple. Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati bila memasukkan Captcha, jangan lakukan banyak kesalahan, takut nanti akaun kena gantung. Tapi jangan risau, jika anda buat dengan bersungguh-sungguh pasti tiada masalah timbul.

Kadar bayaran adalah $0.30 - $1.20 untuk 1000 captcha. 1000 tu memang banyak. Tapi jika anda pantas, ia memang cepat habis. Anda akan dapat komisen sebanyak 10% jika refer dengan kawan. Untuk buat 2captcha ni anda tak perlu nak download software, anda boleh terus buat. 

Minimum payout adalah $1 saja. Anda kena pantas taip sebab anda dikehendaki selesaikan satu-satu captcha dalam 10 saat saja. Sebenarnya masa tu kira lama jugalah, jangan risau sebab captch ni pendek jer. Ohya, anda harus ada akaun Paypal jika nak mulakan kerja ni.

Langkah 1: Register akaun
Pendaftaran sangat mudah. Anda hanya ikut arahan yang ditunjukkan di dalam website 2Captcha.
Langkah 2: Klik pada ‘Start’ untuk mula bekerja

kerja dari rumah

Contoh Captcha

kerja dari rumah
Masukkan Captcha seperti di dalam kotak. Kalau huruf besar, taip huruf besar. Lepas taip, klik Send/Enter.
Jika nak pause/berehat, klik pada STOP.

Selain daripada 2Captcha terdapat juga website lain yang seumpama dengannya seperti Kolotibablo, MegaTypers, CaptchaTypers, ProTypers, Captcha2Cash, Qlinkgroup, VirtualBee, FastTypers, dan PixProfit. 

Di antara semua yang paling mudah bagi saya adalah 2Captcha. Tetapi anda boleh pilih mana satu yang anda suka berdasarkan citarasa sendiri.

2. Shorte.st

link shortener berbayar

Shorte.st adalah sebuah laman web yang mana tugas anda hanyalah memendekkan link URL dan postkan link yang telah dipendekkan tadi ke dalam Facebook, Twitter, blog dan lain-lain. Tidak seperti kebanyakan link shortener lain yang tidak menjana pendapatan, dengan Shorte.st anda akan dibayar untuk setiap link yang diklik.
Cari apasaja link yang anda minat, contohnya link video kucing comel dari youtube. Copy link yang panjang tu ke dalam kotak hijau dalam website Shorte.st. Lepas tu copy link yang dah dipendekkan dan share saja ke dalam social media. Tapi kena daftar dulu. Jika tak anda takkan dibayar.

Kerja online ini amatlah mudah. Sesiapapun mampu buat. Pertama sekali anda kena register.

Cara Daftar:
Langkah 1: Klik Shorte.st dan klik Join
Langkah 2: Masukkan email, confirm email dan password. Accept terms & Condition.
Langkah 3: Klik ‘Register’. Boleh juga register menggunakan akaun Facebook.

Itu saja! Sekarang check inbox dalam email untuk aktifkan dan confirm email.
Anda boleh mula pendekkan link URL dan share dalam Facebook, Twitter dan sebagainya!

Cara Pembayaran:
Bayaran akan dilakukan melalui Paypal dan pada setiap 10 haribulan setelah anda mencapai $5 atau lebih pada bulan sebelumnya. Kalau tak ada akaun Paypal, kenalah register ye.
Kadar bayaran adalah dari 0.3$ – 1.66$ untuk 1000 pengunjung.
Jika anda refer Shorte.st kepada orang lain, anda akan dapat 20% komisen.

Tips guna Shorte.st:
Copy link dan paste pada kotak hijau dalam Shorte.st.
Copy link yang dah dipendekkan.
Paste link pendek ke dalam mana-mana page kegemaran anda.
Bila orang klik pada link, mereka akan dibawa ke satu page yang mengeluarkan satu pop up iklan.
Mereka perlu tutup iklan dan tunggu selama 5 saat. Habis 5 saat, link sebenar akan muncul. Selepas itu barulah bayaran dikreditkan ke akaun anda. Jika mereka tak tunggu sehingga habis, anda tidak akan dibayar kerana tidak menepati syarat.

Cara Guna Shorte.st:
Share link dari Youtube
Anda boleh pilih video yang lucu, menakutkan atau yang menjadi trend semasa. Setelah anda pendekkan link URL dalam Shorte.st, copy link yang dipendekkan tadi ke dalam page seperti Facebook, Twitter atau blog. Semakin banyak orang klik pada link semakin banyak income.
Share image/link Facebook
Jika ada gambar yang lucu atau apasaja yang boleh dapat banyak like dalam Facebook, gunakan saja link tu dan kongsikan.
Share link Website/blog
Anda boleh kongsikan hot news atau breaking news dari laman web yang terkenal. Selain itu anda juga boleh kongsikan link dari blog sendiri.

3. 8Share 
8Share adalah laman web yang memberi ganjaran kepada pengguna social media yang sukakan benda percuma dan wang tunai. 8Share ni lebih kurang macam Churp Churp tapi saya prefer 8Share. Cara untuk dapatkan pendapatan mudah saja. 

Anda hanya perlu kongsikan iklan di dalam akaun social media seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan Google Plus. Kiranya anda ni orang tengah yang membantukan program promosi lah.

Iklan tersebut dinamakan Special. Special ni boleh jadi movie, games, event, produk ataupun peraduan. Setelah daftar, anda akan diberi link URL untuk anda share dalam akaun social media nanti. Ia penting kerana link ini akan digunakan untuk track pendapatan anda. Setiap klik anda dibayar RM0.20 sebagai ganjaran perkongsian.

Pendaftaran adalah percuma.

Ada banyak lagi cara jana pendapatan melalui internet sebenarnya. Ini antara contoh yang saya ingin kongsikan. Semoga anda bergembira dan dapat praktikkan ilmu ini.

    No comments:

    Post a Comment