sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Monday, 29 February 2016

Cara Mudah Dan Murah Untuk Mencegah Serangan Jantung

Menurut seranganjantung.org, serangan jantung terjadi apabila darah berhenti mengalir. Apabila darah berhenti mengalir, jantung akan jadi rosak dan boleh mengakibatkan kematian. Seseorang yang menderita serangan jantung akan merasa sakit pada bahagian dada hingga sesak nafas.


cara cegah serangan jantung dengan fitness tracker

 
Penyebab kepada serangan jantung adalah tekanan darah tinggi, diabetes, merokok, stress, dan cara hidup yang tidak sihat contohnya dari segi pemakanan dan kurangnya senaman. Namun faktor genetik dan usia turut menyumbang kepada masalah ini. 

Untuk mencegah serangan jantung, seseorang itu haruslah menjaga cara pemakanannya, banyakkan memakan makanan yang mengandungi antioksida, jangan mengambil alkohol, jangan merokok, kerapkan bersenam, cuba kurangkan stress dalam hidup dan sentiasa berfikiran positif. 

Ini adalah antara cara biasa yang selalu disyorkan. Kebanyakan orang mempunyai kadar denyutan jantung dalam keadaan rehat pada 60 hingga 80 per minit. Manakala atlit mempunyai kadar denyutan yang lebih rendah.

Ketika bersenam, kadar denyutan jantung akan naik. Untuk mengira kadar maksimum denyutan jantung, anda perlu menolak umur anda daripada 220. Contohnya umur anda 20 tahun, jadi 220-20=200. Apabila bersenam anda harus pastikan kadar denyutan jantung tidak melebihi 200.

Namun, sesetengah orang ada masalah untuk mengawal pemakanannya walaupun telah dinasihati. Ada juga pesakit jantung yang mengambil inisiatif untuk bersenam tetapi tidak tahu batasan senaman. Bila terlebih bersenam ia boleh juga mengakibatkan serangan jantung. Oleh itu, heart rate watch atau fitness watch diperlukan kerana alat ini boleh membantu mencegah seseorang daripada terlebih bersenam. Heart rate watch ini juga sesuai untuk para atlit. 

Dengan menggunakan heart rate watch atau fitness tracker ini anda dapat mengetahui kadar maksimum anda boleh bersenam. Mari kita lihat contoh-contoh fitness tracker yang famous di pasaran sekarang.


CARA CEGAH SERANGAN JANTUNG DENGAN FITNESS TRACKER



Fitbit Surge
Kelebihan Fitbit Surge adalah ia mempunyai sensor optikal denyutan jantung dan teknologi PurePulse yang secara automatik memerhatikan statistik pada setiap saat. Ia membantu anda memaksimumkan senaman dan menjejak jumlah kalori yang terbakar dengan tepat.

Apa yang tidak disukai tentang Fitbit Surge adalah dari segi harga yang agak mahal dan design yang tidak berapa cantik. Ada orang kata cantik, tapi dari design ia bukan selera saya.

Sony SmartBand 2
Sony SmartBand 2 dilancarkan pada tahun 2015. Ia bukan hanya dapat menjejak pergerakan tetapi juga mempunyai fungsi heart rate monitor. Alat ini akan sentiasa mengira denyutan nadi anda tak kira ketika anda bergerak mahupun ketika duduk saja. Ia diperbuat daripada silikon, berat 25 gram dan mampu menjejak denyutan jantung sehingga 10 jam. Ia mengambil masa selama 1.5 jam untuk dicaj.

Fitbit Charge HR
Ia mempunyai fungsi heart rate monitor, penjejak kalori, dan sebagai sleep tracker. Sangat sesuai untuk beginner dan harganya juga tidak mahal. Walaupun ia tidak mempunyai GPS, LED display yang kecil dan tidak waterproof namun baterinya mampu bertahan lima hingga tujuh hari. Boleh digunakan dengan handphone Windows, iPhone dan Android.

Jawbone UP3 dan UP4
Apa yang membezakan UP3 dengan UP4 adalah UP4 memiliki fungsi NFC. Jawbone merupakan antara fitness tracker yang paling diminati ramai. Jika dilihat alat ini seakan gelang tangan dan kelihatan menawan bila dipakai. Kedua-dua gadget ini kalis air yang mana ia boleh bertahan di dalam situasi anda berpeluh, mandi ataupun terkena percikan air. Namun jika anda berniat untuk menyelam di dalam air jangan pakai gadget ini. Ia juga mempunyai fungsi silent alarm dan sleep tracker

Di zaman teknologi ini, semakin banyak produk dicipta bagi memudahkan kehidupan kita. Walaupun gadget sebegini merupakan cara mudah dan murah untuk mencegah serangan jantung, anda dinasihatkan untuk tidak bergantung pada gadget ini sepenuhnya. Perhatikan juga pemakanan dan gaya hidup anda.

No comments:

Post a Comment