sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Wednesday, 10 February 2016

Cara Menggunakan Tablet Asus Zenpad 7 Z370CG

Asus Zenpad 7 Z370CG mula dikeluarkan pada Ogos 2015. Bagi saya Zenpad 7 ini ibarat mini computer dan merupakan tablet pertama yang menawarkan Interchangeable Functional Cover. Tablet berskrin 7 inci ini menyasarkan segmen pasaran kelas menengah dan ke bawah pada harga lebih kurang RM750. Walaupun begitu, tablet ni memiliki kelebihannya yang tersendiri yang tidak ditemui pada tablet biasa yang lain.

Asus Zenpad 7 Z370CG



















Rekabentuk
Cover bahagian belakang yang diperbuat daripada kulit. Tekstur cover ini membantu kita menggenggam tablet dengan mudah. Boleh dikatakan ia kelihatan elegen dan nampak mahal, tidak seperti design sebelum ini. 

Cover ini boleh ditukar dan kalau anda jenis yang suka bertukar cover anda akan menikmati kelebihan ini! Apa yang tidak menarik adalah terdapat ruang kosong di bahagian tepi skrin yang pada pendapat saya hanya membazir ruang skrin.


Walaupun begitu, saya berpendapat Zenpad 7 memiliki design yang cantik dan kelihatan mewah. Terdapat 3 jenis warna Zenpad 7 iaitu hitam, putih dan aurora metallic. USB Port terletak di bahagian bawah tablet manakala audio jack 3.5mm terletak di bahagian kanan atas. Butang kamera depan boleh dilihat di sebelah kanan atas. Kamera utama terletak di bahagian belakang kiri.

Paparan
Skrin Corning Gorilla Glass dengan sentuhan oleophobic coating melindungi skrin daripada risiko calar dan debu. Bila anda lihat skrin, terdapat border nipis yang berwarna kehitaman di sekeliling skrin dan membuatkan tablet ini kelihatan menarik. 

Paparan boleh dikatakan okay dengan resolusi skrin pada 800 x 1280 dengan 216ppi pixel density, jauh lebih baik berbanding kebanyakan tablet biasa. Paparan HD yang cantik, gambarnya kaya warna dan cerah. Tablet ini mempunyai feature VisualMaster yang mana kita boleh edit paparan mengikut citarasa sendiri.

Kamera
Kebiasaannya bila beli smartphone tu kita nak kamera yang bagus kan. Tapi yang ni tablet dan kebanyakan tablet biasa mempunyai kamera yang tidak bagus. 

Berlainan dengan Zenpad 7 ia dilengkapkan dengan kamera 8MP, prestasi boleh tahan dan ada autofocus. Fungsi autofocus ni memang jarang terdapat pada tablet biasa. 

Yang tak bestnya Zenpad 7 tiada LED flash. Nak ambil gambar malam tu memang tak cantiklah. Kamera depan hanya 2MP dan agak blur. Biasalah kan, kamera tablet memang kebiasaannya tidak sehebat kamera smartphone. Bagi saya 8MP tu dah dikira bagus untuk tablet. 

Tapi kalau anda nakkan kamera yang sangat bagus, mungkin anda perlu beli satu smartphone untuk kegunaan mengambil gambar dan tablet ni digunakan untuk buat tugasan atau berhibur.


Perisian
Apa yang menariknya Zenpad 7 menggunakan Operating System Android 5.0 Lollipop. Namun, pemasangan beberapa aplikasi tersedia di dalam tablet banyak mengurangkan internal space. Sesetangah aplikasi tersedia tidak dapat dibuangkan. 

Walaupun begitu, ada juga aplikasi tersedia yang bagus seperti aplikasi untuk kanak-kanak. Tapi kalau ada anak-anak barulah berguna aplikasi tu kan. Kalau takde anak memang membazirkan ruang saja.

Selain itu Asus ada menyediakan aplikasi Auto-Start yang mana dapat membantu bateri tahan lama. Selain itu terdapat juga aplikasi yang amat berguna untuk para blogger iaitu Microsoft Office.
Jika anda ingin berkongsi kerja dengan rakan sekerja atau menonton video dengan keluarga, anda boleh memanfaatkan fungsi Miracast. Dengan Miracast anda boleh memaparkan kandungan dari tablet pada TV dan projektor tanpa perlu menggunakan HDMI.

Prestasi
Untuk tablet yang berharga sebegini, memang tidak rugi untuk beli. Dikuasakan dengan chip pemprosesan Intel Atom x3-C3230 64-Bit. Walaupun processornya hanya Quad Core namun Zenpad 7 ini dibantu oleh perisian Android Lollipop dan RAM 2GB! 

Tak banyak tablet yang mempunyai RAM 2GB. RAM yang besar ini dapat membantu aplikasi berjalan dengan lancar. Walaupun internal memory hanya pada 16GB, anda tidak perlu risau kerana slot external memory boleh menampung sehingga 128GB! 

Selain itu Asus juga memberi storan sebanyak 100GB secara percuma pada akaun Google Drive. Anda tak perlu dah save file dalam flash drive dan kalau terlupa bawa flash drive tu simpan saja file dalam Google Drive. Lebih selamat disimpan di dalam Google Drive berbanding flash drive yang ada risiko hilang dan rosak. 

Tapi jika tiada talian internet sememangnya flash drive ini amat diperlukan. Ia juga memiliki USB On-The-Go yang mana anda boleh menyambung keyboard atau mouse. Kalau nak taip lama tu anda boleh sambungkan saja keyboard pada USB On-The-Go. Mudah bukan? Bukan itu saja tablet ni boleh digunakan sebagai telefon. Memang banyak kelebihan lah tablet ni.

Speaker
Speaker tidak berapa kuat walaupun sudah maksimum. Tapi kalau anda pakai earphone jadi kuat lah kan. Hehe..Kualiti bunyi pula boleh tahan bagus. Tapi jika anda memang sangat mementingkan audio, anda boleh beli Audio Cover. 

Paling best, Audio Cover ini dilengkapkan dengan baterinya sendiri dan memiliki kekuatan bunyi 6 kali ganda speaker tablet. Kalau nak tengok video tu Audio Cover ni memang sesuai, anda tak perlu dah pakai earphone.


Bateri
Jenis bateri yang digunakan adalah Lithium Polymer (Li-Po), yang mempunyai kualiti lebih baik berbanding bateri Lithium-Ion (Li-On). Bateri ini tidak boleh dibuka dan boleh tahan selama 8 jam, bergantung kepada cara penggunaan anda. 

Jika anda ni kerap online, kerap menonton video memang bateri akan cepat habis. Tapi jangan risau, tablet ini mempunyai aksesori tambahan yang dinamakan Power Case yang boleh bertahan lebih daripada 10 jam, bergantung kepada penggunaan anda. Ia sangat sesuai terutamanya ketika travel jauh.
Apa yang saya tidak suka pada Zenpad 7 ini adalah baterinya yang tidak tahan lama (tanpa Power Case), sama seperti model yang sebelumnya. Selain itu ia mengambil masa yang lama untuk habis caj. Namun ia adalah tablet yang berbaloi untuk dimiliki. 

Lagipun harganya tidak mahal dan dilengkapkan dengan spesikasi yang menarik. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja yang pentingkan design, prestasi dan skrin besar. Ada satu lagi aksesori menarik iaitu Clutch. Clutch ni seperti beg dompet wanita. Kalau anda lekatkan tablet pada Clutch gerenti tablet anda kelihatan sangat menawan dan mahal.

Harga Asus Zenpad 7 Z370CG dan aksesori:
Tablet: RM750
Audio Cover: RM250
Power Case: RM110
Clutch: RM120

Spesifikasi Asus Zenpad 7 Z370C:

7-inch WXGA (1280×800) IPS display, 216ppi
Corning Gorilla Glass
Intel Atom x3-C3230 Quad-Core, 64bit processor
Mali-450 MP4 GPU
2GB RAM
16GB internal storage
Expandable up to 128GB via microSD
8MP rear camera
2MP front camera
3G HSPA+ (micro SIM)
WiFi 802.11 b/g/n
Bluetooth 4.0
Miracast
GPS, A-GPS, GLONASS
1 x Front Speaker with DTS HD Premium Sound
Single SIM
Micro USB
13Wh Li-polymer Battery, 8 hours
Android 5.0 Lollipop with ZenUI
Dimension: 189 x 110.9 x 8.7 mm
Weight: 272 g


Disclaimer: Maklumat yang dikongsikan mungkin tidak 100% tepat. Jika ada yang salah diharapkan pembaca boleh betulkan.

No comments:

Post a Comment