sambalserai

Cara buat duit dan kerjaya

Saturday, 20 February 2016

Cara Buat Kasut Batik Sendiri Ala Koboi

Di sini saya akan mengajar cara paling mudah membuat kasut batik ala koboi step by step. Sebenarnya saya tiada pengalaman langsung di dalam membuat kasut atau membaiki kasut dan tidak pernah menggunakan mesin jahit. Semua yang bakal saya kongsikan di sini adalah berdasarkan trial and error dan di atas minat kuat saya untuk belajar. 

Kasut yang saya buat mungkin tak berapa cantik. Saya yakin anda boleh buat lebih bagus dari ini. Step yang saya tunjukkan adalah cara saya sendiri, mungkin tidak sama dengan cara pereka kasut profesional.



Ini antara kasut yang pernah saya buat. Untuk artikel ni saya akan tunjukkan cara membuat kasut Gambar B. 

cara buat kasut sendiri


OKAY. MARI BELAJAR BUAT KASUT SENDIRI


Step 1
Ukur bahagian kaki yang paling tinggi sepert di dalam imej.
Ambil measuring tape. Ukur kepanjangan kaki, bermula daei hujung ibu jari hingga ke hujung tumit. Jangan lupa catitkan ukuran ya. 

P/s: Abaikan warna kaki yang gelap tu. Kerap berjalan dengan selipar ketika musim panas beginilah jadinya. Serabai.


cara design kasut


Step 2
Lukis pattern menggunakan pensel atau pen di atas kertas atau cardstock.


Step 3


Bahagian luar fabrik: Fabrik hitam itu adalah jeans terpakai.
Bahagian dalam : Fabrik yang saya guna di sini adalah sejenis kain yang nipis. Terpulang pada anda.

Letakkan pattern atas fabrik dan trace.
Tinggalkan 1cm lebihan sepanjang pattern. (sila buat atas fabrik jeans dan fabrik yang berbunga tu) Tujuannya adalah supaya ada ruang untuk menjahit nanti.
Guntingkan.

Step 4

Fabrik jeans akan berada di luar dan fabrik berbunga berada di dalam.
Sebelum mula menjahit, lukis/tanda sepanjang fabrik (dengan marker) sebesar 0.5cm lebar untuk memudahkan jahitan nanti. Sebab kita akan jahit ikut line tu nanti. Sila jahit pada line yang 0.5cm tu saja.(line yang berwarna paling hitam tu)

Step 5

cara design kasut


Sekarang jahit ikut line 0.5cm tadi.

Mesin jahit yang saya gunakan di sini adalah jenama Global. Sangat famous dan biasanya menjadi pilihan bagi mereka yang baru saja belajar menjahit. Tapi ramai juga yang dah pandai jahit guna mesin jahit ni sebab murah. Lagipun ia bagus, tahan lama dan mudah digunakan.


Step 6


Anda boleh pilih mana satu pattern yang anda suka. Gambar kedua tu, kena gunting bahagian hujung tu dan jahit.

Step 7


Terbalik dan seterikakan.


Step 8

Step 9
Masukkan elastik di antara fabrik dan jahit.



Step 10


Sekarang, sediakan outsole dan insole. Anda boleh guna insole kasut lama dan trace atas EVA foam yang akan digunakan sebagai outsole. (yang colour biru tu EVA foam/yoga mat, boleh didapati di banyak kedai)Kalau tiada insole, boleh beli di kedai sepasang.
Saiz insole mesti sama denganoutsole. Tinggalkan 0.5cm lebihan untuk jahit nanti. Lepas tu barulah potong outsole EVA foam. Anda boleh potong dengan pisau yang tajam. Saya guna pisau lipat. Guna gunting boleh juga.

Step 11



Gamkan dan satukan insole dan outsole dengan Contact Adhesive. Saya guna Contact Adhesive Jenama Kangaroo. Biarkannya sehingga gam jadi tacky(menggelembung-jgn tunggu jadi kering betul pula ye) Bila dah tacky tu, gabungkan kedua belah. Mesti gamkan kedua belah.

Step 12
Guna pin untuk mudahkan menjahit. Jahit ikut cara saya ni. Saya jahit menggunakan benang nylon.



cara design kasut


Step 13
Selesai jahit, potong saya lagi outsole. Gamkan. Tunggu sehingga tacky. Gabungkan.Mesti tekan kuat-kuat ye.


Step 14
Di sini saya guna rubber sheet hitam yang biasanya boleh didapati di kedai hardware. Sapu gam kedua-dua belah. SIAP!

cara buat kasut


*Untuk kasut seperti dalam Gambar A di atas, caranya lebih kurang sama. Cuma saya tambahkan tali cotton yang dianyam di sekeliling outsole. Tali cotton yang dianyam itu saya gamkan dengan Superglue. Lepas lekatkan tali tu di sekeliling outsole, baru saya jahit tangan.

Jika anda sudah mahir membuat kasut sendiri, tidak mustahil anda boleh jadikannya bisnes. Paling best anda boleh buat kerja atau bisnes sampingan dari rumah saja.


No comments:

Post a Comment