sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Friday, 12 February 2016

Cara Buat Clay Loket Pendant Berimej

Saya ni jenis yang suka belajar buat benda baru. Minat terhadap kraftangan tu kira kuat jugak lah. Pada mulanya nak buat pendant berimej ni boleh tahan mencabar juga. Sebab masa tu saya tak tau apa benda air dry clay ni.

Ada juga fikir macam mana boleh buat pendant dengan dengan tanah liat ( clay tu kan tanah liat). Yang saya tahu tanah liat digunakan untuk buat pasu. Masa sekolah rendah dulu tu pernah jugalah buat mangkuk dan pasu dengan tanah liat. 

Tapi buat pendant dengan tanah liat tu, tak pernah lah. Kalau buat pun mesti hodoh. Kalau saya yang buat hodoh kot. Tak tau lah kalau ada korang yang baca ni tau buat dengan cantik.

Sebenarnya terkial-kial juga saya masa mula-mula. Fikir macam mana nak buat clay ni. Nak beli mahal pula. Dahlah mahal, kecil pula tu. Lagi satu susah nak dapat. 



CARA BUAT CLAY PENDANT - IDEA BISNES MODAL KECIL


idea bisnes modal kecil
Lepas tu nak fikir tentang varnish lah, epoxy resin lah. Kalau varnish ni mudah nak dapat. Kat mana-mana kedai hardware biasanya ada jual. Masalahnya epoxy resin ni, kalau setakat tinggal kat pekan kecil gerenti tak jumpa punya lah. Ni bukan epoxy gam kat kedai hardware tu yer. Kadang-kadang bandar besar pun tak tentu boleh jumpa punya. 

Nasib baik sekarang ni ada internet. Anda taip jer perkataan epoxy resin berlambak keluar dalam google tu. Tapi masih susah nak cari dalam Malaysia tapi tak mustahil lah, memang ada. Saya dah lupa dah kat mana saya beli. Tapi saya beli melalui Facebook. Ada beberapa kedai kraftangan yang jual epoxy resin. Anda cuba google saja. Pasti jumpa.


Okay, mari saya tunjukkan bagaimana saya hasilkan clay pendant dan clay keychain ni. Kena banyak bersabar dan benar-benar teliti. Kesungguhan amat penting di sini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1.Gam PVA
2.Tepung jagung
3.Sedikit minyak (saya pakai minyak masak)
4.Food Colouring (Jika anda nak ia berwarna)

Campurkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga jadi lembut. Jika melekit, sila tambahkan tepung.

Sebenarnya, clay ini anda boleh beli secara online jika anda rasa leceh nak buat sendiri. Macam saya punya ni saya buat sendiri sebab saya nak jimat kos. 

Sekarang anda boleh bentukkan kepada bentuk yang anda suka. Di sini saya buat bentuk segi empat. Setelah itu masukkan pin/hook. Pin boleh dibeli secara online jika anda taknak buat sendiri. Anda mestikan masukkan pin sejurus selepas membentuk kerana apabila ia kering adalah mustahil untuk masukkan pin lagi.

Masa nak keringkan tu jangan lupa taburkan sedikit tepung, takut nanti melekat. Macam saya , saya letakkan saja kat atas meja bagi kering. Biarkannya kering, benar-benar kering.
Apabila dah benar-benar kering, anda boleh decorate.

Di dalam tutorial ini material dekorasi adalah:
1.Quote berimej yang diprint di atas kertas
2.Gam PVA
3.Wood varnish (anda boleh guna epoxy resin untuk result yang lebih cantik tapi kos lebih mahal)

Print apasaja imej yang anda suka. Taipkan quote di atas imej. Pastikan saiz imej sama dengan saiz loket yang dibentuk tadi. Gamkan imej tadi ke atas loket. Sapukan gam PVA dengan berus. 

Sapu gam pada bahagian atas imej juga, tepi dan belakang loket. Jangan sesekali tinggalkan mana-mana bahagian tidak bergam. Lepas gam, keringkan. Masa nak keringkan tu, anda boleh gantung atau gam bahagian depan dulu lepas tu bahagian belakang jika nak keringkan di atas meja. 

Lepas gam dah kering celupkan loket tu ke dalam varnish. Mesti gantungkan dan biarkan kering. Makin lama dibiarkan kering makin bagus. Jangan lupa letak kertas ke apa kat bawah tu bila menggantung sebab lebihan varnish akan menitik, takut nanti mengotorkan rumah. Susah nak bersihkan tau.
Nak tau mengapa anda mesti sapu gam pada keseluruhan bahagian loket dan biarkan benar-benar kering? Sebab, varnish akan masuk dalam imej dan merosakkan imej.

Jika anda berjaya menghasilkan loket atau pendant yang cantik anda boleh jualkan kepada kawan atau jual online. Bukan saja anda mendapat kepuasan tetapi juga dapat membantu menjana pendapatan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment