sambalserai

Saluran Informasi Anda

Responsive Ads Here

Saturday, 2 January 2016

Cara Membuat Tuak Tebu Borneo

Sarawak memang terkenal dengan penghasilan tuak tradisional. Kalau di Sabah tu dipanggil Lihing. Pembuat tuak adalah Orang Dayak seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Bisayah, Kelabit, dan Kenyah. Kandungan tuak yang digunakan mungkin sama namun cara pembuatannya mungkin berbeza-beza. Jika anda nak tahu, tuak ni biasa dihidang ketika musim Perayaan Gawai dan Krismas. 

Namun, faktor peredaran masa banyak memberi kesan kepada penghasilan tuak. Semakin kurang tuak dihasilkan sekarang dan ramai anak muda yang tidak tahu buat. Bila tiba perayaan, minuman yang kerap anda lihat adalah seperti beer, Jack Daniel, Johnie Walker dan lain-lain.

Tuak tapai atau tuak pulut adalah minuman beralkohol yang diperbuat daripada nasi pulut yang telah melalui proses fermentasi. Yis atau dipanggil ragi akan dicampurkan bersama nasi pulut tadi. Tuak biasanya dibuat dalam volum yang besar dan disimpan di dalam tembikar seramik. 

Cara membuat tuak tidak susah. Nasi pulut dimasak terlebih dahulu dan dibiarkan sejuk. Mak saya biasanya letak nasi yang dah dimasak di atas bekas yang kami namakan ‘tapan’ atau penampi supaya cepat sejuk. Tumbuk ragi sehingga halus. 

Apabila nasi pulut dah sejuk, gaulkan ragi dengan nasi, masukkan ke dalam tembikar seramik dan tutup rapat. Biarkan selama 3 hari sehingga nasi itu kelihatan berkulat. Bila dah berkulat, masakkan air gula. Biarkan air bergula tu benar-benar sejuk. Selepas tu bolehlah dimasukkan ke dalam tembikar tadi. 

Jika anda mahukan kelainan rasa, anda boleh masakkan air bergula dengan halia, itupun jika anda suka ia ada rasa pedas sikit(ada kick sikit lah). Keluarga kami suka letak halia. Kita ambil rasa halia tu jer, halia tu jangan dimasukkan ke dalam tembikar tau. 

Pakai sikit jer cukup. Kalau banyak-banyak nanti terlalu pedas pula. Selepas 5 hari anda boleh cuba tuak tu. Dah boleh diminum dah. Tapi jika disimpan lebih lama ia lebih sedap dan lebih kick. 

Rasa tuak ni berbeza-beza, ada orang suka manis, ada yang kurang manis. Lain orang yang buat lain rasanya. Orang lelaki biasanya suka minum tuak yang kurang manis manakala wanita lebih suka yang manis. Kalau tuak tu rasanya masam, maksudnya ia telah tercemar. 

Mungkin ketika anda buat tu bekas yang digunakan tidak benar-benar kering ataupun dimasuki serangga. Jadi ketika menghasilkan tuak ni, fokus dan kebersihan amat penting.

Tadi saya bercerita cara membuat tuak tapai atau tuak pulut. Tuak ni sebenarnya ada banyak jenis. Ada tuak buah juga seperti tuak epal, anggur, tebu, nenas dan tampoi. 

Semuanya bergantung kepada kreativiti anda. Sekarang saya akan tunjukkan cara membuat tuak tebu pula. Sebelum bermula, pastikan semua peralatan dan bahan kering sepenuhnya.

Bahan-bahan di dalam penghasilan tuak tebu borneo:
1.Jus tebu
2.Botol kaca/tembikar seramik
3.Kulit kayu raru (Vatica Pauciflora Blume)

Langkah-langkah:
1.Masakkan jus tebu selama 45 minit - 1 jam. Biarkannya sejuk. ( Pastikan tidak dimasuki air lain dan serangga)









Jus tebu yang belum masak










Apabila sudah betul-betul sejuk, pindahkan ke dalam botol kaca. Masukkan seinci kulit kayu raru. Jangan letak besar sangat sebab ia ada rasa kelat.









tuak tebu

Biarkan di dalam botol kaca selama mana anda mahu. Makin lama main bagus.

Peringatan: Wain tebu ini memabukkan. Saya di sini hanya untuk berkongsi ilmu dan tidak bertujuan menggalakkan sesiapa untuk memabukkan diri. 


2 comments:

  1. maaf saya ingin bartanya, untuk penghasilan tuak nabi pulut, berapa aukatan setiap bahannya..saya ingin mencuba kalo x pasti sukatan bahannya bimbang tuak saya x menjadi..terima kasi..

    ReplyDelete